Berlian Merah Jambu : Najib & Rosmah Sila Henti Berdrama

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Damansara, Tony Pua, menggesa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhenti mengelirukan rakyat berhubung isu pembelian berlian merah jambu dan rantai berlian bernilai AS$27 juta oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pua yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, Najib sekali lagi dilihat cuba menafikan kenyataan isterinya membeli rantai berlian merah jambu bernilai US$27 juta itu.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/TONY_PUA_SIDANG_MEDIA_AHLI_PAC_BERHUBUNG_1MDB_PARLIMEN_25735813_1555151105.jpg
ANGGOTA Parlimen Damansara, Tony Pua. – Foto Zulfadhli Zulkifli

“Najib tidak boleh menyembunyikan ada dua versi cerita berbeza sedang berlegar. Cerita sedang digembur-gemburkan oleh beliau hanya berhubung berlian dan barang kemas dibawa masuk ejen ke Malaysia untuk dilihat Rosmah.

“Namun, skandal sebenar berlian merah jambu yang sering diketengahkan dalam kes 1MDB ini, bukan berlian merah jambu dibawa ejen itu, sebaliknya merujuk kepada rantai berlian merah jambu 22 karat yang ditempah melalui Jho Low untuk Rosmah dan dibayar menggunakan duit 1MDB.

“Kes ini dihuraikan dalam pendakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam “No. CV 17-4438 Verified Complaint For Forfeiture In Rem” bagi kes “United States of America, V. Certain Rights To And Interests In The Viceroy Hotel Group” pada 15 Jun 2017,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Pua berkata, laporan DOJ menunjukkan berlian ini dibeli daripada pereka berlian di New York, Lorraine Schwartz Inc.

Berikutan itu, pada Julai 5, 2013, Schwartz bertemu Jho Low dan Rosmah di perairan Monaco, Perancis, di atas ‘Topaz’, yang juga antara kapal layar mewah terbesar di dunia.

Katanya, Jho Low menyewa kapal sepanjang 147 meter ini selama tujuh hari dengan kos €3.5 juta, yang juga dibayar dengan wang 1MDB.

“Di atas Topaz, Schwartz mempamerkan berlian itu kepada Jho Low, Rosmah dengan rakannya. Mereka juga berbincang reka bentuk rantai yang akan memegang berlian merah jambu 22 karat itu.

“Pada 28 September 2013, Schwartz sekali lagi berjumpa Jho Low dan Rosmah di Hotel Mandarin Time Warner di New York untuk menunjukkan gambar rantai berlian yang direka,” katanya.

Mengulas lanjut, Pua berkata, Schwartz mengeluarkan dua invois ke atas pembelian berlian itu dengan invois pertama bertarikh 3 Julai 2013 berjumlah ASS$23 juta untuk berlian ‘22.17 carat Natural Fancy Intense Pink VS2 clarity (GIA#2115637296) Cut-Cornered Square Modified Brilliant Cut diamond.”

“Invois kedua bertarikh 31 Julai 2013 berharga AS$4.3 juta untuk rantai yang akan memegang berlian di atas bertulis “one graduate fancy intense pink and oval white diamond necklace with interchangeable pendant to ring.

“Menurut bukti dakwaan DOJ, semua invois ini dibayar dana yang disalurkan daripada AS$681 bilion atau RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib di Ambank, yang berpunca daripada pinjaman bon 1MDB pada tahun 2013,” katanya.

Sementara itu, Pua berkata, rantai berlian merah jambu dihantar kepada Rosmah melalui rakannya di Hong Kong pada 7 Mac 2014.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s