Terengganu Cadang Naikkan Tarif Air

KUALA TERENGGANU: Terengganu bercadang menaikkan tarif air seperti saranan Kerajaan Persekutuan berikutan kadar itu tidak disemak dalam tempoh lebih 20 tahun.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kenaikan yang akan berlaku tidak sama dengan negeri lain dengan kadar minimum dikenakan kepada orang awam.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/DR_AHMAD_SAMSURI_MOKHTAR_1555402758.jpg
MENTERI Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berucap di Majlis Jalinan Mesra Ahli Kelab Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu (KUPEKMAS) Bersama Menteri Besar Terengganu di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu. – Foto Imran Makhzan.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli mengenai perkara ini dan pada dasarnya kerajaan negeri bersetuju menerima kenaikan tarif itu walaupun tidak sama dengan negeri lain.

“Kerajaan negeri beri jaminan, kenaikan untuk orang awam adalah pada kadar minimum dan tidak membebankan, berbeza dengan industri.

“Kenaikan kadar ini perlu dibuat berdasarkan kaedah pengiraan tertentu selepas mengambil kira kadar tarif di negeri ini tidak pernah disemak lebih 20 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Jalinan Mesra Ahli Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) Terengganu Bersama Menteri Besar di Kediaman Seri Iman di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden KUPEKMAS Datuk Omar Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar mengesahkan rancangan menaikkan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna kini mendapat persetujuan enam negeri.

Ia disebabkan situasi semasa menyaksikan peningkatan kos operasi tahunan industri pembekalan air tidak diimbangi dengan kadar tarif bekalan terbabit selain kadar tarif tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, pengumuman dan pelaksanaan kenaikan itu hanya akan dibuat selepas kerajaan Pusat membuat pengumuman rasmi.

“Saya tak jangka pengumuman itu akan dilakukan dalam masa terdekat… mungkin dua atau tiga bulan lagi,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s