ADUN PAS Puas Hati Jika Sidang DUN Hanya Sehari.

Wakil-wakil rakyat PAS tiada masalah dengan tempoh singkat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang cuma berlangsung sehari, hari ini.

Anggota DUN (Adun) Sanglang Mohd Shukri Ramli berkata cukup sehari bagi negeri kecil seperti Perlis untuk bersidang, lapor Harakahdaily.

Image result for Mohd Shukri Ramli

“Memandangkan tiada sebarang pembentangan rang undang-undang baharu, maka sehari pun sudah memadai.

“Namun setiap Adun diberi peluang untuk bertanya soalan tambahan pada sesi jawapan lisan anggota exco,” beliau dipetik sebagai berkata di Kangar.

Perlis sebagai negeri terkecil di Malaysia hanya mempunyai 15 DUN. Ia satu daripada dua negeri yang masih dipimpin BN, selain Pahang.

PAS selepas pilihan raya umum lalu mengambil pendekatan mesra BN atas alasan kerjasama demi kebaikan umat Islam.

Sementara itu, Adun Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim juga dilaporkan turut berpuas hati.

“Walaupun tiada perbahasan usul tetapi kita dibenarkan menanya soalan tambahan.

“Jadi kesempatan ini boleh digunakan untuk mengutarakan masalah rakyat,” beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar web parti itu melaporkan terdapat 34 soalan dikemukakan pada persidangan tersebut

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s