PRK Sandakan : PAS Tidak Berani Lawan Komponen Pakatan Harapan

Selepas menyaksikan kehangatan tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK), akan berlangsung satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di Sabah. Ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt dari DAP akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Image result for bung mokhtar

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah pon mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan. Dalam masa yang sama, beliau seolah memberi petanda seperti menggalakkan rakan pembangkangnya dari PAS untuk bertanding.

Ketua penerangan Pemuda PAS Hishamuddin Abdul Karim dengan gigih pernah menulis satu tulisan bertajuk Senarai ’15 Hujah DAP Anti-Islam’ beberapa bulan yang lalu. Itulah yang kini mereka terapkan pada ahli-ahli mereka. Segala pujian melambung PAS terhadap DAP semasa dalam Pakatan Rakyat kini dilupakan.

Image result for ustaz hishamuddin abdul karim

Ahmad Marzuk Shaary (Pas), Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dengan berani melabel secara umum dalam sidang Parlimen bahawa DAP anti-Islam. Aksinya mencabar samaada DAP setuju atau tidak dengan agenda Pas, seperti ingin memperlihat PAS benar-benar pejuang agama yang ingin menentang DAP, kononnya hanya DAP yang menentang agenda Islam Pas.

Sewajarnya dengan aksi-aksi dan tulisan lagak adiwira pejuang Islam versi Pas tersebut, PAS lebih berani menghantar calon-calon untuk berentap dalam medan Pilihanraya di kawasan-kawasan yang ditandingi komponen Pakatan Harapan (PH) dari DAP.

Belajarlah dari sirah, pejuang-pejuang Islam berdepan di gelanggang yang disediakan, medan yang realiti mengikut konteks masa dan secara tekad bagi membuktikan manifestasi keberanian berhadapan dengan golongan yang didakwa anti-Islam. Konteks semasa bagi sebuah Parti Politik membuktikan manifestasi dan kehebatan mereka adalah di medan Pilihanraya. Tidak hanya berdegar di awangan demi menjalankan amalan pembohongan, ditambah doktrin pembohongan secara syarie terhadap pentaksub-pentaksub.

Gelanggang sebenar telah dibuka, namun PAS telah membuktikan mereka bukanlah pejuang Islam untuk menentang DAP seperti yang dijaja. Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah membuat keputusan tidak meletakkan calon pada PRK Palimen Sandakan, Sabah yang akan berlangsung pada 11 Mei ini.

Segala yang PAS lemparkan terhadap PH, dengan memangsakan DAP jelas sebuah retorik kehabisan modal, dan tohmahan bersifat politik murahan, tidak selari dengan apa yang dilaungkan politik matang dan sejahtera.

Jika PAS hanya berharap MCA untuk kembali bertanding di Sandakan, lalu dikerah dengan lesen wala’ untuk jenteranya membantu MCA, ketahuilah wahai pentaksub PAS bahawa MCA sudah berulang kali menentang hudud Islam secara lantang dan terbuka. Adakah PAS ingin membuktikan bahawa mereka kini telah menjadi sebuah parti suruhan MCA yang menentang hudud?

Jelaslah kepada rakyat Malaysia, PAS sekadar bermain politik yang tiada arah dengan teknik menjaja murah agama, sekadar memainkan semula wayang UMNO memangsakan DAP. Kini terbukti PAS tidak berani membuktikan dengan tindakan berani melawan secara berdepan PH dari komponen DAP di gelanggang PRK Sandakan.

Ubaidillah Harith bin Shahrin
Exco Pemuda Amanah Negeri Melaka.

Ini ialah pendapat peribadi penulis dan bukannya menggambarkan pandangan Melaka Insider

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s