Pengurus Ambank Kemuka Bukti RM14.5 Juta Masuk Akaun Najib

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini dikemukakan dengan bukti transaksi pindahan masuk wang berjumlah RM14.5 juta ke dalam akaun peribadi Ambank Datuk Seri Najib Razak.

Bukti kemasukan wang berkenaan dikemukakan melalui keterangan Pengurus Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi berdasarkan rekod Transaksi Kemasukan Wang Ke Akaun AmPrivate Banking -Y1MY Datuk Seri Najib Razak antara 2014 dan 2015.

Uma Devi yang membacakan pernyataan saksinya itu, berkata terdapat tiga transaksi dimasukkan ke dalam akaun Ambank milik Najib bernombor 211-202-2011898.

This image has an empty alt attribute; its file name is 25najib1_1556170615.jpg

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak rehat seketika di luar mahkamah bagi menghadapi perbicaraan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto Aizuddin Saad

“Pada 8 Julai 2014 wang berjumlah RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib manakala dua lagi transaksi berjumlah RM1,000,000 dan 3,500,000 masing-masing pada 23 Julai 2014 dan 11 Februari 2015,” katanya dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC International) membabitkan Najib.

Terdahulu, Uma turut mengesahkan bahawa akaun bernombor 211-202-2011898 itu adalah akaun milik Najib yang dibuka pada 31 Julai 2013.

Beliau berkata pemilik akaun diletak sebagai AmPrivate Banking-Y1MY sebagai nama utama dan diikuti oleh nama Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.

Uma Devi 40, berkata terdapat surat arahan daripada ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil pada 23 Jun 2014 dan turut mengesahkan bahawa ia adalah surat arahan kepada AmBank untuk memindahkan RM3,000,000 daripada akaun AmBank milik Najib (211-202-2011880)

Beliau berkata, surat arahan ini mengarahkan AmBank memasukkan RM1,000,000 daripada RM3,000,000 itu ke akaun 211-202-2011898 dan baki RM2,000,000 dimasukkan ke dalam satu lagi akaun peribadi AmPrivate Najib dengan nombor 211-202-2011906.

Kesemua akaun itu adalah atas nama Najib.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018 pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s