Bumiputera : TAHNIAH! Lebih Ramai Akan Ke Matrikulasi

Program Matrikulasi merupakan salah satu program persediaan yang diberi keutamaan bagi pelajar bumiputera. Program persediaan ini bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Pada 25 April 2019, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan persetujuan Jemaah Menteri bagi menambah bilangan kemasukan pelajar ke program Matrikulasi kepada 40ribu tempat. Sebelum ini, program Matrikulasi hanya membuka sebanyak 25ribu penempatan pelajar.

Related image

Peningkatan jumlah tempat kepada pelajar merupakan satu lagi iltizam kerajaan dibawah pemerintahan Pakatan Harapan menyediakan peluang yang lebih besar kepada pelajar bumiputera untuk mengikuti program persediaan ini.

Hal ini jelas bahawa keutamaan kepada Bumiputera untuk terus bersaing dalam ruangan melanjutkan pengajian dibuka seluasnya oleh kerajaan dibawah pemerintahan Pakatan Harapan. Perkara ini juga bakal membuka peluang dan ruang yang lebih luas kepada pelajar di Sabah & Sarawak untuk melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi.

Related image

Telahan pihak pembangkang yang menjaja bahawa hak dan peluang kepada bumiputera untuk melanjutkan pelajaran akan dikurangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan akhirnya meleset sama sekali. Selari dengan visi bahagian matrikulasi untuk menjadikan sistem matrikulasi sebagai penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2020, Menteri Pendidikan turut mengumumkan mengekalkan kuota 90 peratus pelajar bumiputera dan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera.

Pemuda Amanah Negeri Melaka mengambil peluang ini mengucapkan setinggi tahniah kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di atas prestasi dan komitmen berterusan yang beliau lakukan dalam melaksana tugasan beliau. Kami juga amat mengikuti rapat peningkatan serta pencapaian positif beliau dalam usaha membaiki serta mempertingkat mutu sistem pendidikan negara ini.

Ustaz Norkhairi bin Yusof.
Ketua Pemuda,
Pemuda AMANAH Negeri Melaka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s