Tolak Penceramah Bawa Perpecahan

SERKAM 26 April – Tiada penceramah yang akan diutamakan berdasarkan kebolehan nama yang ditempa mereka bagi menyampaikan ceramah di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri tidak pernah menilai aspek terbabit namun kepentingan itu akan dinilai berdasarkan mesej mahupun penyampaian dan sekiranya nilai itu buruk kepada masyarakat walaupun apa sahaja mazhab yang mereka ikuti ia akan ditolak dan tidak dibenarkan.

Jelasnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) juga membuat pemantauan malah penceramah tersebut dikawal berdasarkan pentauliahan mereka dan hanya mereka yang layak saja dibenarkan menyampaikan ilmu agama tersebut di negeri ini.

“Apa yang penting tujuan ceramah itu diadakan adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang perlu dikongsikan dan bukan menganjurkan ceramah yang menimbulkan keresahan atau keregangan dalam masyarakat dengan menabur fitnah.

“Setakat ini tiada kategori meletakkan seorang penceramah berdasarkan kecenderungan pendidikan agama mereka sama ada mereka berfahaman Manjah Salaf dan sebagainya walaupun negara ini mengutamakan mazhab Shafie dan tidak menolak mazhab lain.

Tolak penceramah bawa perpecahan

Ketua Menteri, Adly Zahari, menyempurnakan perasmian Dewan Serbanguna DUN Serkam, Jasin

“Pemantauan dibuat dari semasa ke semasa dan kawalan akan tetap ada kerana itu penting pentauliahan penceramah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Dewan Serbanguna DUN Serkam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Penyelaras JAPERUN Serkam, Muhammad Kamal serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mustaffa Ali.

Dalam pada itu, Adly berkata kemudahan baharu yang dibina itu perlu dimanfaat rakyat dan digunakan sebaiknya.

“Dewan yang telah dibina ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin khususnya golongan wanita dan belia.

“Malah, ianya menjadi perangsang kepada JAPERUN bagi mengadakan aktiviti kemasyarakatan di DUN ini.

“Ini merupakan inisiatif kerajaan dan perlu dimanfaatkan dengan terbinanya dewan ini yang menelan kos sebanyak RM2.3 juta yang telah siap dibina dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s