LKIM Lakukan Pemutihan Nelayan Port Dickson

SEREMBAN: Seramai 46 nelayan dari Port Dickson dan Telok Kemang tidak lagi menerima E-Diesel atau E-Petrol dan Elaun Sara Hidup Nelayan selepas proses pemutihan dijalankan pada Januari dan Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Asas Tani, Bakri Sawir, berkata 30 nelayan adalah dari Port Dickson manakala 16 dari Telok Kemang.

Related image

Daripada 95 nelayan yang dijalankan siasatan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), katanya, seramai 49 nelayan diluluskan untuk menerima semula elaun.

“Siasatan mendapati antara punca elaun dibatalkan kerana mereka tidak lagi ke laut dan tidak mengambil minyak selama tujuh bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohd Redza (BN-Linggi) ketika sesi pertanyaan lisan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Bakri berkata, LKIM akan mengadakan pemutihan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memantau sebarang penyelewengan dan ketirisan.

Katanya, empat Mesyuarat Jawatankuasa Pemutihan Minyak Bersubsidi dan Elaun Sara Hidup Nelayan diadakan iaitu pada Mei dan Oktober tahun lalu serta Januari dan Mac lalu.

Bakri berkata, nelayan yang tidak menerima elaun kerana masalah kesihatan atau uzur, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk dipertimbangkan bantuan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s