Peruntukan RM240,000 Kepada Masjid dan Surau Di Pulau Pinang

SEBERANG JAYA: Sempena kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi, kerajaan Pulau Pinang menyerahkan sumbangan berjumlah RM240,000 kepada 231 masjid dan surau di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata sumbangan tahunan sejak 11 tahun lalu itu dilaksanakan bagi mengimarahkan lagi masjid dengan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan.

TIMBALAN Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Ehya Ramadan di Seberang Jaya, hari ini. – Foto Ramdzan Masiam

“Meskipun jumlah agihan yang diberikan mungkin tidak seberapa, ia sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan masjid dan surau di negeri ini untuk membuat persiapan menjelang Ramadan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Ehya Ramadan di sini, hari ini.

Sumbangan kepada semua masjid dan surau terbabit disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Hadir sama, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berkata kerajaan negeri menggalakkan jualan makanan bermula pada lewat petang sepanjang bulan Ramadan ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak menetapkan garis panduan atau peraturan khusus mengenai waktu penjualan makanan sepanjang Ramadan.

“Memang tiada garis panduan khusus mengenai penjualan makanan, tetapi kita galakkan mereka mula berniaga sekitar jam 3 atau 4 petang,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s