Malaysia Harap Dapat Semula AS$7 bilion Duit 1MDB – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia berharap mendapat semula sejumlah AS$7 bilion (AS$1 = RM4.14) yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Kita berharap mendapat balik AS$7 bilion,” katanya semasa ditanya berapa banyak yang Malaysia harap untuk mendapatkannya semula.

Dr Mahathir juga mengesahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang membuat persediaan untuk memulangkan dana berjumlah AS$200 juta (AS$1 = RM4.14) yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Mereka akan memulangkannya kepada kita. Mereka tahu ini adalah duit kita. Singapura juga akan memulangkan balik kepada kita,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary pada Jumaat.

Perdana Menteri sebelum ini berkata duit 1MDB yang dicuri berjumlah AS$4.3 bilion (kira-kira RM18 bilion) akan kembali semula ke Malaysia tetapi bukan kesemuanya.

Menurut satu laporan berita Bloomberg pada Jumaat, pihak berkuasa AS sedang membuat persiapan untuk memulangkan dana berjumlah kira-kira AS$200 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB kepada Malaysia, yang dijangka dipindahkan secepat mungkin minggu depan.

Laporan itu menyatakan ia termasuk kira-kira AS$140 juta yang dijana daripada penjualan saham dalam Hotel Park Lane di New York, serta penyelesaian yang dibayar oleh penerbit filem Wolf of Wall Street bernilai AS$60 juta.

Malaysia harap dapat semula AS$7 bilion duit 1MDB - Tun Mahathir
Tun Mahathir sebelum ini berkata duit 1MDB yang dicuri berjumlah AS$4.3 bilion (kira-kira RM18 bilion) akan kembali semula ke Malaysia tetapi bukan kesemuanya. – Astro AWANI/Shahir Omar

Bloomberg berkata pihak berkuasa Singapura juga akan memulangkan kira-kira SG$35 juta (SG$1 = RM3.04), yang diserahkan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dan keluarganya berkaitan dengan 1MDB kepada Malaysia.

Ia berkata perintah mahkamah Singapura diberikan pada 12 Mac agar duit itu dihantar balik kepada 1MDB.

Goldman Sachs memperoleh bayaran berjumlah kira-kira AS$600 juta bagi tugasnya dengan 1MDB, yang termasuk tiga penawaran bon pada 2012 dan 2013 yang mengumpulkan AS$6.5 bilion.

Tahun lepas, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber mengesahkan dana 1MDB berjumlah kira-kira AS$7 bilion beredar dalam sistem kewangan global dan kerajaan Switzerland telah membekukan kira-kira 400 juta Swiss francs (1 Swiss France = RM4.07) yang dipercayai berkaitan dengan dana tersebut di negara itu.

Menurutnya, beliau telah berhubung secara terus dengan peguam negara Malaysia untuk menjelaskan bahawa Switzerland masih berminat untuk menyelaraskannya dengan Malaysia. — Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s