Daim: ‘Terlalu ramai si bodoh’ percaya retorik perkauman Umno

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin berkata masih terlalu ramai percaya terhadap isu kaum dan agama yang dimainkan pembangkang untuk menganggu pentadbiran kerajaan.

Dalam temu bual bersama South China Morning Post baru-baru ini, Daim berharap orang Melayu dapat berfikir secara rasional dan tidak mudah terperangkap dengan sentimen perkauman dimainkan Umno.

Ini katanya, terutamanya apabila sokongan Melayu sudah terpecah kepada lima bahagian antara PAS, Umno, Amanah, PKR dan Bersatu.

Menurut Daim, antara isu perkauman itu termasuk pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan pengambilalihan aset Lembaga Tabung Haji.

“Siapa curi duit? Kamu masih mahu mereka (BN)? Kamu boleh cari mereka.

“Kementerian Kewangan beli (aset Tabung Haji) sebanyak RM19 bilion. Kamu tak gembira? Ini sesuatu yang tak kena

“Oh, (kata Umno), Kementerian Kewangan ialah Cina. Apa Cina? Ini adalah kerajaan Pakatan Harapan.

“Hanya yang bodoh percaya perkara-perkara ini, dan saya katakan terlalu banyak orang bodoh di sekeliling,” kata orang kanan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad itu.

Daim, yang juga bekas menteri kewangan, merujuk kepada pemindahan aset kurang mengutungkan bernilai lebih RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) dalam usaha menyelamatkan lembaga berkenaan.

Ini menimbulkan bantahan daripada pemimpin pembangkang, yang mempersoalkan pemindahan aset ke SPV di bawah Kementerian Kewangan.

Kerajaan kemudian terpaksa menjelaskan bahawa Tabung Haji masih berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan bukan kementerian kewangan.

Menurut SCMP, pembangkang menonjolkan imej DAP sebagai sebuah parti didominasi kaum Cina, yang dikatakan mengawal kerajaan dan cuba menghapuskan hak-hak istimewa Melayu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s