Himpunan Ummah tiada agenda jelas – Penganalisis Politik

Himpunan “mempertahankan kedaulatan Islam” anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang berlangsung semalam gagal menarik penyertaan ramai kerana tidak mempunyai agenda jelas, kata penganalisis politik.

Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff berkata keadaan itu berbeza dengan himpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan himpunan menyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang jelas matlamatnya.

“Semalam himpunan Ummah untuk apa? Menentang statut Rom atau memperjuangkan kematian (anggota Bomba) Muhammad Adib Mohd Kassim ataupun Raja-raja Melayu?

“Tidak macam himpunan Icerd, kita nampak agendanya, ia untuk menentang ratifikasi Icerd.

“Agenda yang tidak jelas menyebabkan ia gagal menarik perhatian orang ramai,” kata pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Malaysiakini.

Nada sama juga disuarakan seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang menyifatkan penganjuran himpunan itu tidak dirancang dengan betul.

Ia sekali gus merencatkan momentum yang dicetuskan gerakan itu pada perhimpunan anti-Icerd penghujung tahun lalu.

“Strategi kali ini tidak berapa bagus, sepatutnya ia dirancang dalam tempoh masa yang secukupnya bukannya waktu yang singkat.

“Ditambah pula dengan masa yang hampir dengan umat Islam untuk menyambut Ramadan,” jelasnya.

Semalam Malaysiakini melaporkan kira-kira 1,000 peserta menghadiri himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur.

Sumber polis Dang Wangi pula memaklumkan jumlah kehadiran peserta lebih 3,000 orang.

Bagaimanapun penganjur berkata perhimpunan kali ini berjaya menarik kehadiran 10,000 peserta.

Ketika demo anti-Icerd Dis tahun lalu, polis menganggarkan kira-kira 55,000 hadir manakala Malaysiakini pula menganggarkan 80,000 kehadiran pada waktu puncak. 

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Dr Mohd Mizan Aslam pula beranggapan himpunan itu kurang mendapat sambutan kerana anak muda menolak politik perkauman dan agama yang dibawa PAS serta Umno.

Image result for Dr Mohd Mizan Aslam
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Dr Mohd Mizan Aslam

“Isu agama, perkauman sudah tidak relevan untuk pengundi khususnya mereka yang tinggal di bandar dan anak muda.

“Tapi ini tidak bermakna mereka sudah berpuas hati dengan kerajaan,” tambahnya.

Bagi seorang lagi penganalisis politik dari USM, Prof Dr Siva Murugan Pandian pula, kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan penganjur telah memainkan peranan yang signifikan selaras dengan kehendak demokrasi.

Jelasnya, apa yang dibangkitkan pada perhimpunan itu harus diberi perhatian oleh kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Ummah Kamaruzzaman Mohamad mendakwa jumlah kehadiran pada himpunan itu semalam telah mencapai sasaran diharapkan.

Katanya dengan notis yang singkat dalam masa lima hari, pihaknya mensasarkan penyertaan sekitar 4,000 orang sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s