Kerajaan Umum Jualan Kapal Layar Equanimity Selesai

Jualan kehakiman kapal layar mewah Equanimity telah selesai dengan penerimaan penuh harga belian berjumlah AS$126 juta daripada Genting Malaysia Bhd (Genting) pada 23 April lepas.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata selepas bayaran diterima kapal itu telah diserahkan kepada anak syarikat Genting pada 25 April lepas.

“Penyempurnaan jualan dilakukan oleh pemegang taruhan yang dilantik oleh mahkamah, dan bil jualan ditandatangani dengan sewajarnya oleh Syerif Mahkamah Admiralti pada 24 April, 2019.

”Penyempurnaan dan penyelesaian proses jualan kehakiman ini menuruti sepenuhnya syarat jualan syerif yang adalah sebahagian daripada Perintah Mahkamah Admiralti yang dibuat pada 3 April, 2019,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Genting dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada 3 April mengesahkan membeli kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga AS$126 juta (RM$514.6 juta).

Thomas berkata, setakat 30 April, kira-kira RM15.5 juta telah dibelanjakan bagi menampung kos penahanan kapal itu sejak 6 Ogos lepas dan bagi penyelenggaraan kapal selama sembilan bulan sehingga diserahkan kepada pembeli.

“Bagi kesemua bayaran yang dibuat dalam penyelenggaraan dan pemeliharaan Equanimity semasa dalam tahanan, terdapat proses saringan dan kelulusan yang berlapis. Pasukan guaman dan pasukan PWC (pasukan membantu kerajaan dalam pengurusan hal pengoperasian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bertindak selaku lapisan saringan yang pertama.

“Selepas perbelanjaan diluluskan, invois akan dikemukakan ke jabatan (AGC) ini untuk saringan kedua, dan selepas itu oleh Syerif Mahkamah Admiralti.

“Hanya selepas dilluluskan di ketiga-tiga peringkat barulah invois ini dikemukakan kepada Lembaga Pengarah 1MDB untuk kelulusan pembayaran.

Thomas berkata penjualan kapal ini membuktikan kemampuan sistem perundangan Malaysia untuk memberikan perkhidmatan perundangan bertaraf dunia khususnya dalam undang-undang Admiralti dan dalam pemberian khidmat sokongan.

Beliau juga berkata harga jualan akan dipegang oleh pemegang taruhan sehingga tempoh 90 hari tamat dan dalam tempoh itu pasukan peguam akan menggerakkan mahkamah untuk izin mewartakan penerimaan bayaran harga belian, pentaksiran kos, dan untuk penentuan keutamaan bagi pembayaran keluar hasil jualan.

“Hanya selepas perintah mahkamah ini dibuat, wang itu akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB yang diasingkan, yang dibuka semata-mata untuk mendapatkan semula aset-aset 1MDB untuk membayar hutang 1MDB,” katanya.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s