PRK Sandakan: Pas Hanya Mampu Ikut Telunjuk Umno BN

Tindakan Pas menyatakan sokongan kepada calon Parti Bersatu Sabah (PBS) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan jelas menunjukkan prinsip parti Islam itu sekarang adalah mengikut telunjuk Umno BN kerana termakan ‘dedak’, kata Khalid Samad.

Pengarah Komunikasi AMANAH itu berkata, walaupun sudah tahu PBS begitu lantang menentang hukum hudud yang menjadi perjuangan Pas selama ini hakikatnya Pas sudah terikat.

“Akhirnya wawasan dan perjuangan habis, yang mana PBS sejak dahulu lagi menolak hukum hudud. Apatah lagi PAS pun tidak kisah boleh duduk bersama dan membela mereka yang menjadi perompak Tabung Haji, orang yang terlibat dengan IMDB pun PAS bela.

“…hanya memperalatkan agama dalam perjuangan mereka, PAS tidak ada prinsip melainkan prinsip Pas sekarang ini adalah ikut telunjuk Umno BN kerana sudah termakan dedak,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Dalam keadaan ini, jelasnya Pas mengikut sahaja apa yang Umno BN mahu sehingga Umno BN tegas menyokong calon PBS maka Pas pun terpaksa menyokong.

“Walaupun sebelum ini PAS cakap kita tidak boleh sokong yang bukan Islam bila ada calon Islam yang bertanding.

“Kita nak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka? Berdasarkan kepada apa yang mereka lakukan jelas Pas sekadar merupakan pengikut kepada Umno BN.

Bagi Khalid, perjuangan Pas sekarang ini adalah mengikut apa yang Umno BN mahu.

Dan beliau tidak menolak sikap Pas ini ada kaitan dengan sejumlah wang yang diterima walaupun dalam masa yang sama mereka menyatakan tidak salah menerima duit dari sumbangan orang.

Image result for hadi peluk najib

“Bila Umno BN kata saya bertanding, awak sokong. Dia (Pas) kena tunggu bila Umno BN cakap saya tidak bertanding dan awak (Pas) bertanding barulah dia akan bertanding

“Kalau sudah cakap biar Linda bertanding kamu jangan bertanding, kamu sokong sahaja Pas pun ikutlah.

“Jadi saya rasa perkara ini ada kaitan dengan sejumlah wang yang Pas terima walaupun dalam masa yang sama mereka kata apa salahnya terima duit, orang nak bagi sumbangan…kita terima apa salahnya,” tambah beliau.

Pada 2015 Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika itu membantah sekiranya Pas membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen.

Anggota Parlimen Keningau itu juga berkata hudud bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi juga melaksanakannya dilihat sebagai langkah ke belakang.

Namun nada Pas berlainan selepas adanya kerjasama dengan Umno BN selepas PRU-14 dan terkini PAS dan PBS dilapor menjalinkan kerjasama secara rasmi walaupun kedua-dua parti itu dilihat tidak sehaluan dalam pendekatan mengenai isu hudud.

Hubungan berkenaan diumumkan kira-kira seminggu sebelum PRK Sandakan diadakan pada Sabtu ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan di Sabah pada 11 Mei ini menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon DAP, Vivian Wong Shir Yee; calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga lagi calon bebas, Sulaiman Abdul Samat, Hamzah Abdullah dan Chia Siew Yung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s