‘SRC hanya layak dapat pinjaman RM1 bilion’

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu SRC International Sdn Bhd memohon pinjaman RM3.95 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sedangkan had kelayakannya hanya RM1 bilion.

Pendedahan itu dibuat oleh bekas Penolong Naib Presiden KWAP (Bahagian Pendapatan Tetap) Amirul Imran Ahmat  semasa sesi soal oleh peguam bela Harvinderjit Singh yang mewakili Najib Razak pada hari ke-14 perbicaraan.

Bekas Penolong Naib Presiden KWAP (Bahagian Pendapatan Tetap) Amirul Imran Ahmat

Bekas perdana menteri itu yang menghadapi tiga dakwaan Pecah Amanah Jenayah (CBT), satu dakwaan salah guna kuasa dan tiga dakwaan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Amirul memberitahu dia ditugaskan oleh pegawai atasannya untuk menyediakan dokumen kertas panel pelaburan yang disediakannya bagi proses pembiayaan kepada SRC.

Katanya, SRC International memohon pinjaman wang berjumlah RM3.95 bilion daripada KWAP pada tahun 2011 tetapi beliau hanya boleh meluluskan had kelayakan RM1 bilion saja.

Dia berkata, had kelayakan pinjaman adalah berasaskan Kertas Panel Pelaburan KWAP yang disediakan untuk proses pembiayaan SRC.

Oleh itu katanya, beliau mencadangkan kepada KWAP bahawa kelayakan pinjaman SRC hanya RM1 bilion.

Harvinderjit kemudian mengandaikan kepada Amirul yang beliau menukar kedudukannya berhubung amaun pinjaman, beberapa tahun selepas KWAP memberi pembiayaan kepada SRC.

Bagimanapun, saksi itu menegaskan beliau sentiasa mengekalkan kedudukan sebagaimana menurut kertas pelaburan, dan memperakukan pinjaman kepada SRC dihadkan kepada RM1 bilion.

Dia juga memberitahu mahkamah, dirinya mengemukakan emel kepada Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, pada 30 Jun 2011 bagi mendapatkan beberapa dokumen tambahan butiran komprehensif pelaburan sedia ada 1MDB bagi pinjaman pertama RM3.95 bilion untuk SRC.

Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil (kiri)

Saksi itu kemudian menjelaskan, beliau menerima emel daripada Nik Faisal yang menyatakan bahawa 1MDB tidak dapat memberikan dokumen berkenaan kerana projek hartanah masih di peringkat perancangan utama.

Amirul juga berkata panel pelaburan KWAP mungkin akan menolak pinjaman kepada SRC jika mereka boleh.

Di tahap ini, Harvinderjit berkata saksi itu bukanlah sebahagian daripada panel pelaburan oleh itu beliau tidak boleh bercakap bagi pihak panel.

Saksi itu setuju bahawa itu hanyalah pendapat peribadinya dan panel pelaburan tidak mempunyai pillihan tetapi meluluskan pinjaman kepada SRC.

Amirul berkata panel itu tidak punya pililhan tetapi terpaksa menangguhkan dari kertas pelaburannya yang mencadangkan menghad pendedahan pinjaman KWAP kepada SRC pada RM1 bilion.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s