Arahan Itu Merumitkan :Annuar Musa Ulas Waktu Larangan Operasi Kedai Di Kelantan

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyifatkan arahan agar kedai makan dan restoran ditutup pada waktu solat tarawih di Kelantan sebagai tidak perlu dan menimbulkan kerumitan kepada para peniaga.

“(Arahan itu) adalah tidak perlu dan patut di kaji semula. Ia bukan saja menimbulkan kerumitan dan masalah kepada para peniaga tapi ianya juga tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Ibadat tarawih adalah sunat dan tidak semestinya di lakukan antara pukul 8.30 ke 10.00 malam (waktu larangan operasi kedai makan),” katanya pada suatu kenyataan hari ini.

MP Ketereh selanjutnya berkata malahan di Makkah dan di Madinah pun restoran tidak ditutup ketika waktu tarawih.

“Keperluan masyarakat untuk makan di sebelah malam pula berbagai-bagai mengikut keselesaan masing masing.

“Di Makkah dan Madinah pun, tidak di tutup restoran atau kedai makan sewaktu jemaah melakukan solat sunat tarawih atau qiamullail,” katanya lagi.

Bertepatan syariat

Bagaimanapun, bekas ahli majlis syura ulama PAS, Zaharudin Muhammad menegaskan larangan pentadbiran Kelantan itu bertepatan dengan syariat di zaman Nabi Muhammad SAW.

“(Ia) sesuatu yang baik dan bertepatan dengan ruh perlaksanaan syariat di zaman nabi dan sahabat.

“Dari segi kesan positif perniagaan, ia memberikan kelegaan kepada peniaga-peniaga yang ingin melaksanaan solat isya dan tarawih berjemaah di masjid. Melegakan mereka yang mementingkan ibadat sama ada mereka peniaga atau pembeli.

“Yang berniaga tak terkejar ke premis takut terlepas pelanggan dan pembeli pula tak terkejar ke bazar-bazar takut tak sempat membeli,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Zaharuddin yang merupakan anak menantu presiden PAS Abdul Hadi Awang dan pemimpin akar umbi turut mempertikaikan hujah AJK Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang membantah peraturan berkenaan.

Zaharuddin mempertikaikan penggunaan hadis yang dikemukakan Nik Abduh sebagai hujah membangkang pelaksanaan itu.

“Dari segi hadis yang dinukilkan oleh Nik Abduh tersebut, ia (hadis itu sebenarnya) menyokong perlaksanaan kerajaan Kelantan berbanding cadangan Nik Abduh supaya ia ditarik balik.

“Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Maajah sebagaimana ditafsirkan di dalam kitab Mirqaat Al-Mafaatih bahawa maksud diharamkan itu ialah diharamkan daripada daripada bertemu dengan malam lailatul qadar.

“Jadi kesimpulannya, tindakan kerajaan Kelantan itu lebih menepati hadis yang dibaca oleh Nik Abduh berbanding hujah sebaliknya,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Nik Abduh yang juga MP Bachok berkata pada bulan Ramadan, umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah Rasullah SAW.

“Barang siapa yang diharamkan oleh Allah dengan keberkatan dan kelebihan di bulan ramadan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan daripada segala kebaikan,” katanya yang memetik maksud hadis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s