Bil Tinggi : TNB Janji Untuk Pulangkan Caj

BANDARAYA MELAKA 7 Mei – Pengguna ‘Smart Meter’ di negeri ini tidak perlu berasa khuatir di atas permasalahan yang menimpa mereka baru-baru ini.

Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka, Ir. Rezahan Mohammad berkata, pihaknya telah mengambil maklum terhadap isu yang berlaku itu malah beberapa tindakan segera akan diambil bagi mengatasi keluhan pengguna.

Menurutnya, antara langkah akan diambil itu termasuk sekiranya semakan mendapati lebihan caj dikenakan, ianya akan dikreditkan semula ke dalam akaun pengguna.

“Malah, tiada pemotongan bekalan elektrik dibuat sementara aduan pengguna kami perincikan.

“Pengguna meter pintar yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi talian kami di 1300-88-5454 atau terus menghadiri ke pejabat TNB negeri ini melibatkan beberapa lokasi termasuk, Jalan Banda Kaba, Pekan Alor Gajah, Jasin Merlimau dan di Pusat Transformasi Bandar(UTC) Jalan Hang Tuah,” katanya ketika dihubungi Melaka Kini.

Dalam pada itu, jelasnya, pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna malah komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pengguna.

Melalui laporan lalu, isu pemasangan meter pintar di negeri menimbulkan kemarahan netizen malah keadaan semakin membimbangkan disebabkan rata-rata pengguna melahirkan rasa tidak puas hati ke atas kenaikan harga bil yang diterima.

Pada masa sama, Ketua Menteri, Adly Zahari menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyelesaikan segera aduan rakyat yang mendakwa kenaikan bil elektrik secara mendadak setelah membuat penukaran bacaan meter lama kepada smart meter.

Katanya, pihak TNB wajar memperhalusi perkara ini dengan menggerakkan unit pemantau bagi mengetahui secara jelas punca kenaikkan.

“Smart Meter itu tujuannya supaya pengguna boleh menilai kaedah penggunaan, dimana mereka boleh gunakan untuk memantau penggunaan waktu mana yang mereka gunakan.

“Saya rasa kegagalan pengguna itu mengakses data membuatkan, pengguna juga tak dapat maklumat tepat dan TNB perlu baiki komunikasi mereka terhadap rakyat terutamanya dengan peningkatan kadar tenaga,” katanya.

Melaka antara negeri yang menjadi projek selain Putrajaya pada 2014 untuk menggunakan smart meter atau meter pintar bagi mengukur dengan cekap kadar penggunaan elektrik di rumah mendapat sambutan positif pengguna, ia akan diperluaskan ke seluruh negara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s