KM kongsi 3 kejayaan PH Melaka

AYER KEROH: Ketua Menteri, Adly Zahari, hari ini, berkongsi tiga kejayaan Pakatan Harapan (PH) Melaka selepas berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Beliau berkata tiga kejayaan itu adalah penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Melaka (MELCAT), memperkasakan kebajikan rakyat dengan mengurangkan kerenah birokrasi serta menguatkuasakan Dasar Perumahan Negeri Melaka.

“Dasar baharu pada peringkat kerajaan negeri ini termasuklah MELCAT, di mana isu integriti diletakkan sebagai asas keutamaan di samping kita juga berjaya menetapkan tempoh jawatan Ketua Menteri untuk dua penggal, selain dasar penjimatan pada peringkat kerajaan.

“Kedua, kebajikan rakyat diberi keutamaan, pada masa yang sama membuang kerenah birokraksi, memperkasakan pendidikan dan hala tuju pembangunan Melaka.

“Kejayaan ketiga ialah Dasar Perumahan Melaka, dengan tidak mengenepikan tumpuan kepada pengurangan kadar jenayah, yang mana Melaka berjaya mencatatkan indeks kadar jenayah kedua terendah di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan pingat sempena Kejohanan Pertama ITF Taekwondo Sekolah Asia Pasifik 2019 di Lobi Blok Bendahari, Seri Negeri di sini, hari ini.

Yang hadir sama, EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee.

Dalam pada itu, Adly berkata satu majlis khas akan diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Jumaat ini, di mana kerajaan negeri akan menggariskan beberapa pencapaian serta dasar baharu yang hendak dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun mandat diberikan oleh rakyat.

Mengulas mengenai perancangan bagi tahun kedua kerajaan PH Melaka pada 2019, Adly berkata banyak dasar baharu yang tidak dapat dilaksanakan kerajaan negeri pada tahun pertama akan disegerakan pelaksanaannya pada tahun ini.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/adlytaek_1557309346.jpg
Adly pada sidang media selepas menyampaikan pingat sempena Kejohanan Pertama ITF Taekwondo Sekolah Asia Pasifik 2019 di Melaka, hari ini. – NSTP/Khairunisah Lokman

“Antaranya, kita akan memastikan bajet RM3 juta yang dikhususkan bagi pembinaan Rumah Peduli disiapkan mengikut perancangannya.

“Di samping itu, kita akan memperkenalkan beberapa program baharu termasuk kad kesihatan serta menambah janji manifesto PH Melaka.

“Mengikut laporan kajian Institut Tun Perak, kita sudah memulakan 80 peratus daripada janji manifesto, bagaimanapun kita mahu menunaikan baki 20 peratus lagi seperti mana dijanjikan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s