Usai Dapat Royalti : Kerajaan Terengganu Tutup 50 Anak Syarikat Tubuh Zaman BN

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri dapat menjimatkan lebih RM150 juta melalui langkah menutup 50 anak syarikat milik Kerajaan Terengganu yang tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti perniagaan.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata menerusi langkah itu, suntikan dana kepada anak syarikat tidak berdaya saing itu akan dapat digunakan untuk kepentingan rakyat, termasuk dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Image result for ahmad samsuri mokhtar

Beliau berkata, selepas PAS mengambil alih pentadbiran pada Mei tahun lalu, banyak kelemahan termasuk dari aspek pengurusan dan pelaksanaan yang dikenal pasti serta diperbaiki, sekali gus membolehkan kerajaan negeri menjimatkan sejumlah besar wang.

“Selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, kita mengkaji semula projek yang dirangka pentadbiran lalu, termasuk anak syarikat kerajaan negeri yang begitu banyak dengan ada antaranya tidak aktif dan tiada daya saing.

“Sejak beberapa tahun lalu, Kerajaan Terengganu terpaksa menyuntik dana RM150 juta setiap tahun kepada anak syarikat kerajaan negeri yang bermasalah.

“Justeru, kita sudah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan anak syarikat ini dan boleh memutuskan yang mana akan ditutup dan yang mana perlu digabungkan.

“Jika kita boleh mengurangkan suntikan dana sebanyak itu kepada anak syarikat tidak aktif, ia dapat disalurkan untuk inisiatif lain seperti pendidikan dan kesihatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Terengganu akan menutup kira-kira separuh daripada lebih 100 anak syarikatnya yang tidak aktif, sekali gus menjangka mampu menjimatkan perbelanjaan sekurang-kurang ratusan ribu ringgit setahun.

Ahmad Samsuri dipetik sebagai berkata, langkah itu susulan audit dilakukan sebelum ini mendapati ada antara syarikat terbabit tidak langsung menjalankan perniagaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan juga dapat menjimatkan hingga RM40 juta selepas memutuskan pejabat pentadbiran negeri kekal di Wisma Darul Iman dan tidak berpindah ke Menara Darul Iman berhampiran Jambatan Angkat di bandar raya ini.

“Perancangan kerajaan terdahulu ialah memindahkan pejabat pentadbiran negeri ke bangunan baharu setinggi 30 tingkat di Menara Darul Iman yang dijangka siap pada akhir tahun ini.

“Sekiranya perancangan untuk berpindah ini diteruskan, ia akan membabitkan kos banyak. Justeru, kita memutuskan pejabat pentadbiran negeri kekal di Wisma Darul Iman,” katanya.

Pembinaan Menara Darul Iman setinggi 30 tingkat di Kampung Tanjung, dekat sini, membabitkan kos RM210 juta dan kini lebih 80 peratus siap.

Projek di kawasan seluas 2.2 hektar dan dimulakan pada pertengahan 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) itu pada awalnya dijangka siap pada Mei tahun depan, namun terpaksa dilanjutkan tempoh hingga Jun 2020 berikutan masalah kewangan dan beberapa isu teknikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s