Gigih bapa berbangsa Tionghua kejutkan anaknya bersahur

JITRA: “Setiap hari jam 5 pagi, saya akan kejutkan anak saya bersahur, walaupun berbeza agama, saya mahu dia taat kepada perintah Tuhan,” kata Lim Hun Kheng, 44.

Bapa kepada Mohammad Firdaus Hong Abdullah, 12, ini melakukan rutin hariannya untuk Ramadan kedua bagi anak sulungnya yang memeluk Islam atas kerelaan diri sendiri sejak Mac tahun lalu.

Katanya, selepas bersahur, dia akan pastikan anaknya solat Subuh sebelum menghantar ke sekolah, termasuklah Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) pada sebelah petang.

“Saya tidak pernah menghalang Firdaus memeluk Islam, saya memberi sokongan dan semangat kepadanya sebagai seorang bapa.

“Walaupun aktiviti hariannya padat, saya tetap mahu Firdaus mendalami agama Islam dan membenarkan dia berkawan dan belajar agama dengan keluarga angkatnya,” katanya.

Image result for Mohammad Firdaus Hong Abdullah

MOHD. FIRDAUS HONG ABDULLAH memanfaatkan masa terluang pada bulan Ramadan dengan membaca Iqra.

Mengulas lanjut, Hung Kheng berkata, anaknya itu memang sudah mempunyai minat mendalam dengan Islam sejak bersekolah di Tahun Satu, malahan cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Dia selalu dapat keputusan A dalam ujian Pendidikan Islam. Saya dan isteri dengan bantuan guru-gurunya membawa dia ke pejabat agama Islam Daerah Kubang Pasu untuk memenuhi keinginannya memeluk agama Islam.

“Saya memang tidak ada halangan, malahan mengizinkan dia masuk Islam, sebab dia memang mempunyai minat yang mendalam pada Islam,” katanya.

Sementara itu, Firdaus atau nama asalnya Lim Ching Hong, dia sangat seronok menanti kedatangan Ramadan apabila dapat menunaikan solat sunat tarawih di masjid atau surau bersama rakan-rakan.

Katanya pada sebelah petang selepas kelas KAFA, bapanya akan membawa dia ke bazar Ramadan untuk membeli juadah kegemarannya iaitu ayam bakar.

“Itu antara aktiviti yang saya tunggu-tunggu di bulan Ramadan, namun yang lebih penting sejak memeluk Islam, saya sudah mendapat jawapan terhadap soalan yang bermain di fikiran saya sebelum ini, antaranya bagaimana manusia wujud dan manusia berasal dari mana.

“Saya juga suka mendengar kisah-kisah nabi, ajaran Islam memberi ketenangan kepada saya, malah puasa juga melatih sifat sabar dalam diri seorang muslim,” katanya murid Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Kubang Pasu.

Ditanya mengenai kebolehannya membaca al-Quran, Firdaus berkata dia kini sudah menganjak ke iqra tig dan sudah menghafal bacaan di dalam solat.

Jika ada masa terluang terutama ketika hujung minggu, dia akan berkunjung di rumah datuk angkatnya Aziz Isa,63, yang tinggal di Pulau Timbul, di sini untuk mempelajari agama.

“Di sana saya akan belajar solat berjemaah termasuklah mempelajari agama, saya sangat suka dengan kehidupan saya sekarang.

“Ramai yang mengambil berat tentang saya, guru-guru sekolah juga sering membantu saya, pihak sekolah sudah membeli sepasang baju raya untuk saya,” katanya yang tinggal di Pekan Tunjang, di sini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s