Takiyuddin Celupar Tidak Hormat Kuasa Agong

Kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai banduan adalah satu kenyataan yang biadap dan celupar, demikian menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil.

Katanya, kenyataan pimpinan Pas itu sekali gus tidak menghormati kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang memberikan pengampunan penuh tanpa syarat kepada Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018.

“Kuasa menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan ini telah dilaksanakan secara betul mengikut prosedur undang-undang dan prinsip keadilan.

“Pengampunan Anwar Ibrahim ini seharusnya dihormati oleh PAS kerana apabila Anwar Ibrahim diberikan pengampunan Diraja ini, beliau juga dibenarkan untuk terus menyertai pilihanraya yang bermaksud sekatan 5 tahun di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir, ini bermakna sabitan ke atas kes liwat II telah diketepikan dan Anwar Ibrahim bukan seorang banduan.

Justeru tegas beliau, PAS tidak seharusnya membangkitkan isu ini kerana umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim dituduh dan dihukum atas campurtangan politik.

Image result for anwar jumpa agong

“Kes liwat II terhadap Anwar Ibrahim yang dituduh dan dihukum 5 tahun penjara ini berlaku ketika pemerintahan kleptokrat Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhkan rakyat,” ujarnya.

Jangan hanya kerana mahu membela Najib Razak yang kini berhadapan puluhan kes penyelewengan dan korupsi, katanya PAS sanggup berterusan menggadaikan prinsipnya membela kezaliman dengan membangkitkan isu Anwar Ibrahim sebagai banduan sedangkan beliau telah diiktiraf undang-undang layak dipilih sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberi pembebasan serta-merta.

Image result for anwar jumpa agong

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam kenyataan dari Istana Negara, Kuala Lumpur.

Wan Ahmad berkata rayuan pengampunan itu dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 pada 16 Mei 2018.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s