Calon Bebas PRK Sandakan seru rakyat Sabah Jauhi Pas

Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan Hamzah Abdullah menyeru kepada rakyat Sabah supaya menjauhkan diri dari Pas.

Beliau berkata, Pas kini bukan lagi sebuah parti agama sebaliknya parti yang memperalatkan agama untuk kepentingan mereka bukan kepentingan ummah.

Hamzah yang juga bekas Pengasas Pas Sabah melahirkan rasa terkejut dengan sikap dan pendirian Pas yang sudah jauh daripada perjuangan asas apabila menyatakan sokongan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Pas sepatutnya menyatakan sokongan kepada wakil rakyat yang sah-sah adalah Melayu Islam, ada dua calon bebas yang bertanding di PRK Sandakan. Kenapa Pas pilih untuk menyokong PBS?,”soal beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Katanya, sebenarnya Pas hanya mengikut situasi yang mana dilihat lebih kepada keuntungan diri sendiri.

“Pas bawa satu fatwa yang berdasarkan kepada situasi matlamat menghalalkan cara dengan menggunakan blok pembangkang untuk menghancurkan Pakatan Harapan dengan menyokong PBS.

“Dia (Pas) bukan nampak individu tetapi dia nampak parti. Sekarang dia nampak parti yang diwakili Linda ini boleh dijadikan rakan di dalam blok pembangkangnya, Umno dalam masa yang sama jadikan PBS rakannya.

“Pas sokong! Walhal ianya bercanggah, dulu dia keluarkan fatwa haram undi pemimpin non muslim jika ada pemimpin muslim bertanding. Sekarang dunia tidak nampakkah kepura-puraan Pas? Ada dua calon Islam di situ,” tegas beliau.

Mengulas lanjut peluang beliau di PRK Sandakan, Hamzah begitu yakin beliau akan menang dalam pilihan raya esok.

Jelasnya, orang Melayu Islam tidak akan memberi undi kepada PBS yang telah dipengaruhi politik perkauman oleh Umno BN kerana politik orang Sabah tidak berpaksikan kepada perkauman seperti di Semenanjung.

Pada 2015 Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika itu membantah sekiranya Pas membentangkan rang undang-undang hudud di Parlimen.

Anggota Parlimen Keningau itu juga berkata hudud bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi juga melaksanakannya dilihat sebagai langkah ke belakang.

Namun nada Pas berlainan selepas adanya kerjasama dengan Umno BN selepas PRU-14 dan terkini PAS dan PBS dilapor menjalinkan kerjasama secara rasmi walaupun kedua-dua parti itu dilihat tidak sehaluan dalam pendekatan mengenai isu hudud.

Hubungan berkenaan diumumkan kira-kira seminggu sebelum PRK Sandakan diadakan pada Sabtu ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan di Sabah pada 11 Mei ini menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon DAP, Vivian Wong Shir Yee; calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga lagi calon bebas, Sulaiman Abdul Samat, Hamzah Abdullah dan Chia Siew Yung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s