MB Terenganu Jumpa Dr M Lagi, Minta ‘Panduan Dan Rayuan’

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini (semalam) sekali lagi mengunjungi Perdana Menteri Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri (PMO), di Putrajaya.

Menurut Samsuri, pertemuan satu jam itu “bagi mendapatkan panduan dan rayuan tentang beberapa perkara”.

Antara isu disentuh, kata Samsuri, berkait hala tuju pelaburan luar ke Terengganu, projek bawah Rancangan Malaysia ke-11, isu royalti petroleum, projek Khazanah di Terengganu, dan pemerkasaan ekonomi penduduk tempatan.

“Terima kasih atas panduan dan pandangan dari YAB perdana menteri.

“Semoga rayuan kami rakyat Terengganu diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya,” katanya di media sosialnya.

Pertemuan mereka hari ini bukan yang pertama.

Samsuri sebelum ini pernah mengunjungi pemimpin 93 tahun itu bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun bekerjasama dengan Umno, PAS sebelum ini dikatakan menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Mahathir jika terdapat undi tidak percaya dikemukakan di parlimen.

Mahathir juga dilapor telah menyatakan kesediaan mengembalikan royalti minyak, yang dahulunya ditukar kepada wang ihsan, kepada Terengganu, walaupun diterajui parti politik lawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s