Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan membantu kos penerbangan dan pengangkutan keluarga bayi berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di bahagian mulut, ke United Kingdom (UK).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju untuk membantu memudahkan urusan keluarga itu mendapatkan rawatan di luar negara.

“Kos pembedahan itu agak tinggi, buat masa ini kita akan berikan bantuan dari segi untuk beliau dan keluarganya ke luar negara, daripada kos penerbangan dan pengangkutan itu kita bantu,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK
Ainul Mardhiah yang menderita kanser Germ Cell Tumor di bahagian mulut dijangka berlepas ke UK minggu depan bagi menerima rawatan daripada doktor pakar di negara berkenaan. Facebook Ahmad Safiuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah bantuan yang akan diberikan Kerajaan Negeri bagi membantu keluarga dari Ayer Molek di sini.

Bapa bayi itu, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, ketika dihubungi Bernama berkata beliau berserah kepada Allah dan memohon kepada semua pihak mendoakan anaknya sembuh seperti biasa.

Pada Khamis, media melaporkan Ainul Mardhiah dijangka berlepas ke UK minggu hadapan, bagi menerima rawatan daripada doktor pakar di negara berkenaan.

Kes itu mendapat perhatian doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri yang menyatakan hasratnya untuk membantu dan cuba menghubungi beberapa kenalannya daripada pelbagai bidang kepakaran bagi membincangkan mengenai kes bayi itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s