ABIM Pulau Pinang desak Hadi tarik dakwaan takfiri pada Anwar

Angkatan Belia Islam Malaysia Pulau Pinang (ABIMPP) mengesa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim punca kepada budaya kafir mengkafir (takfiri) yang menyumbang kepada perpecahan Melayu.

Yang Dipertuanya Mohd Tabiin Sahri berkata, Anwar masih kekal relevan hingga kini kerana membawa mesej Islam sebagai cara hidup sejak tahun 70-an.

“Sehinggalah penglibatan beliau di dalam politik pada era 80-an, tidak pernah ada mana-mana kenyataan daripada dirinya yang berpotensi untuk memecah belah keharmonian Melayu dan Islam di negara ini.

“Untuk melabel Anwar Ibrahim sebagai punca perpecahan di kalangan umat Melayu di Malaysia, khususnya di Pantai Timur amatlah tidak benar,” ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan dibuat oleh Abdul Hadi di Kuala Krau pada Sabtu, menjawab isu kafir mengkafir atau takfiri yang ditimbulkan berulang-ulang oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Mohd Tabiin lagi, jika tidak kerana perjuangan Reformasi yang mempertahankan Anwar Ibrahim pada tahun 1999, Pas tidak akan dapat mempertahankan Kelantan dan menguasai Terengganu ketika itu.

“Ini kerana undi Melayu ketika itu ‘full swing’ kepada Barisan Alternatif, di mana Pas adalah satu parti di dalam pakatan tersebut.

“Ini bukti jelas, Anwar bukan pemecah belah, bahkan beliau adalah ‘bonding factor’ yang merapatkan saf orang Melayu dan memperkuatkan ikatan bangsa ini dengan bangsa-bangsa yang lain di negara ini,” ujarnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s