Mahfuz Seru Ahli Pas Tinggalkan Parti Kerana ‘cop halal’ Hadi

Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli Pas meninggalkan parti itu apabila pemimpinnya lantang menyuarakan kerjasama Umno-Pas hari ini sudah ‘bersih’.

Naib Presiden AMANAH itu menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang itu melucukan kerana berpandangan Pas-Umno kini bersih ekoran ahli kedua parti itu menyertai Pakatan Harapan diibaratkan memberikan ‘cop halal’ kepada Umno.

Beliau berkata, Presiden Pas itu sebagai ulama yang terkenal apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagai telah membawa kepada politik mencalarkan Pas-Umno

“Sedangkan menantunya pula mendedahkan Pas tidak bersih kerana ada kartel dedak yang membabitkan puak pimpinan Pas. Kartel dedak yang disebut itu sangat bertentangan dengan pengakuan dibuat oleh Presiden Pas sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan pendedahan Zaharudin Muhamd di posting facebooknya beberapa hari lalu, membuktikan wujudnya hubungan Umno-BN dalam kartel dedak.

“Dedak makanan haiwan…saya tak tahulah apa maksud Presiden Pas itu. Pemimpin Pas haiwan menerima dedak daripada penternak iaitu Umno sendiri.

“Saya nak ingatkan beliau (Abdul Hadi) bahawa Najib penasihat Umno sedagnkan semua orang tahu najib terpalit dengan pelbagai skandal SRC dan 1MDB dan ramai lagi pemimpin Umno diseretkan di mahkamah.

“Walaupun ia hanya siasatan dan pendakwaan yang dibuat polis dan SPRM ini cukup mengambarkan penglibatan pemimpin Umno.

“Saya harap ahli Pas tdak lagi diperdaya oleh pemimpin Pas yang hari ini jadi ‘cop halal’ kepada segala salah laku Umno.

“Kemunafikan dan kebobrokan yang berlaku dalam Umno selama ini dan Pas memberikan tanda cop halal sebagaimana halalkan barang yang dimakan oleh orang Islam,” ujarnya lagi.

Isu kartel dedak dalam Pas ini mula berbangkit apabila Zaharuddin yang juga menantu Hadi  membidas beberapa pihak yang membuat tafsiran tentang siapa lima kartel dedak yang dimasudkannya.

Kartel dedak adalah nama gelaran yang diberikan oleh Zaharudin kepada pemimpin Pas yang terlibat mengambil duit dari Umno.

Bagaimanapun dalam posting terkini beliau menafikan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalid Abdul Hadi salah seorang daripada kartel dedak itu.

Namun beliau tidak menafikan tiga nama lagi yang dinamakan oleh pelbagai pihak sebagai terlibat iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan, ahli parlimen Bachok Nik Muhamad Abduh dan ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali.

Pada Sabtu, Abdul Hadi menjawab isu kafir mengkafir atau takfiri yang ditimbulkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan mereka yang ekstrem menimbulkan isu tersebut telah diambil Dr Mahathir masuk Umno, termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang keras menghentam kerajaan dan Umno pada tahun 1982.

Namun katanya, pergolakan yang berlaku tahun 1998 menyebabkan Anwar keluar daripada Umno dan mereka itu bergabung dengan PAS dan turut menimbulkan masalah lagi.

“(Tetapi) Alhamdulillah, saya ucap terima kasih (kepada) Perdana Menteri (kerana) ambil orang-orang ini masuk PH, masuk dalam parti dia, dan Umno bersih daripada orang ini. Jadi Umno dan PAS dalam keadaan yang bersih sekarang,” ujar Abdul Hadi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s