‘PAS Mahu Sekat Lebih Banyak Rahsia Terdedah’

Amanah Kelantan melihat tindakan PAS yang mengarahkan ahli-ahlinya supaya tidak bercakap mengenai parti di media adalah bagi menggelak lebih banyak rahsia terdedah, kata Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan.

“Arahan itu juga untuk menyekat rahsia-rahsia yang kami dedahkan dahulu.

“Satu ketika dahulu kami pernah dituduh sebagai pengkhianat parti kerana membongkarkan aktiviti-aktiviti pimpinan atasan yang memakan dedak (menerima wang) Umno.

“Ada di kalangan kami ditolak dalam pemilihan Muktamar PAS dan dituduh mencipta fitnah,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Hazmi berkata demikian sebagai mengulas arahan PAS melalui Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan yang menghalang ahli-ahli parti itu daripada membawa, membincangkan dan membahaskan sebarang isu melibatkan urusan parti melalui media termasuk media sosial.

PAS mengingatkan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan mesti disalurkan melalui saluran parti di pelbagai peringkat.

Arahan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan wujudnya “kartel dedak” oleh menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad.

Istilah ‘kartel dedak’ dipercayai merujuk kumpulan dalam PAS yang menerima dana daripada pihak tertentu.

Sehubungan itu, Hazmi berkata, pihaknya bersyukur melihat perkembangan terbaru berhubung pendedahan mengenai PAS.

Namun katanya, PAS kini menggunakan kuasa untuk menyekat rahsia buruk mereka daripada terdedah.

“Jadi saya cabar PAS untuk kenakan tindakan displin kepada Zaharudin jika dakwaannya tidak betul dan kami juga cabar Zaharudin untuk meneruskan pendedahan ini jika beliau di pihak yang benar, ” katanya.

PAS tak hargai pandangan ahli

Mengulas larangan yang dikeluarkan PAS itu, Pengarah Undang-Undang PH Kelantan Hisham Fauzi berpendapat, arahan itu menunjukkan PAS sama sekali tidak menghargai suara ahlinya.

“Seperti tiada kebebasan bersuara lagi di dalam PAS. Justeru dalam hal ini, PH lebih bebas bersuara banding PAS.

“Padahal di media sosial PAS paling kuat mengkritik PH. Ini sikap double standard pemimpin dan penyokong PAS.

“Bagi PH, kita mengalu-alukan suara ahli dan masyarakat. Kecuali perkara fitnah yang mana akan membawa keburukan secara jelas kepada masyarakat dan negara. Itu Kerajaan PH wajar tidak bertolak-ansur,” ujarnya.

Malah tambah Hisham dalam sejarah Islam, umatnya melihat tegur-menegur adalah perkara biasa dalam hubungan pemimpin dan rakyatnya.

“Saidina Umar Al-Khattab pun pernah ditegur seorang wanita dalam isu mahar.

“Pemimpin perlu telus dan perlu dilihat telus. Apatah lagi pemimpin sebuah organisasi yang mengaitkan dirinya dengan Islam,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s