PAS Sekat Ahli Buka Isu Parti di Media

PAS hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap semua ahlinya daripada membawa, membincang dan membahasakan sebarang isu membabitkan urusan parti di media mahupun media sosial.

Setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan mengingatkan ahli parti itu sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan mesti disampaikan melalui saluran parti pelbagai peringkat.

Takiyuddin berkata perintah larangan itu adalah berkuatkuasa serta merta.

“Ini merupakan disiplin parti yang menjamin kebebasan bersuara di samping pada masa yang sama mengawal serta memelihara kerahsiaan organisasi.

“PAS juga mengingatkan ahli-ahli parti bahawa menjadi kesalahan tatatertib sekiranya seseorang ahli melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Adalah juga menjadi kesalahan sekiranya ahli tidak taat dan patuh kepada arahan parti yang berdasarkan kepada perlembagaan serta aturan dan peraturannya,” katanya.

Tambah Takiyuddin, ahli yang mengingkari perintah larangan boleh dihadapkan jawatankuasa tatatertib parti itu.

Ironinya larangan berkenaan dikeluarkan selang beberapa hari selepas menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad membangkitkan isu “kartel dedak” dalam parti itu.

Beliau mendedahkan bahawa lima pemimpin parti itu terbabit dalam penerimaan wang jutaan ringgit daripada Umno.

Bagaimanapun, lima nama pemimpin berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas oleh Zaharudin, sebaliknya diletakkan mengikut singkatan nama pemimpin berkenaan.

Zaharudin mendakwa pendedahannya berhubung isu dedak mendapat restu Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Abdul Hadi ketika ditemui media semalam, menafikan yang beliau memberi restu kepada menantunya berbuat demikian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s