PAS Seperti Tiada Kuasa Tangani Isu Kartel Dedak

Susulan laporan bahawa Zaharudin Muhammad akan dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti berhubung pendedahannya berkenaan ‘kartel dedak’, seorang anggota PAS tampil mendakwa tiada apa-apa tindakan akan dikenakan ke atas menantu presiden PAS itu.

Menurut pemimpin ulama PAS, Dr Muhammad Atiullah Othman, jawatankuasa disiplin sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kuasa berkaitan isu itu memandangkan perlembagaan PAS tidak memperuntukan apa-apa tindakan terhadap gejala suapan dan rasuah.

“Tahun lepas, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pernah mengusulkan diwujudkan jawatankuasa integriti bagi menangani masalah dedak, suapan dan rasuah.

“Namun, apabila hari muktamar PAS 2018 berlangsung, usul tersebut tiada dalam buku muktamar.

“Akan tiada apa-apa tindakan terhadap Zaharudin sebagaimana tiada tindakan terhadap Nik Abduh kerana jawatankuasa disiplin tiada peruntukan perlembagaan PAS untuk menangani isu geng kartel dedak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Atiullah adalah salah seorang individu yang kembali menghangatkan rakaman suara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dua hari selepas kes saman fitnah Abdul Hadi terhadap Sarawak Report ditarik semula pada Februari.

Beliau ketika itu mengaku menjadi saksi hidup bersama 40 yang lain ketika Nik Abduh membuat “pengakuan menerima suapan”.

Baru-baru ini pula, isu suapan kembali hangat apabila Zaharudin menyenaraikan lima nama singkatan pemimpin PAS yang digelarnya sebagai ‘kartel dedak’, atau mereka yang terlibat menerima dana daripada Umno.

Katanya, langkah itu diambil kerana tidak mahu melihat kepimpinan tertinggi PAS – terutama Abdul Hadi – terpalit dengan perkara itu serta terheret dengan masalah undang-undang pada masa akan datang.

Abdul Hadi menafikan memberi restu kepada Zaharudin untuk membuat pendedahan tersebut, sementara menantunya kemudian menjelaskan ‘restu’ yang dimaksudkannya dalam hantaran di Facebooknya bukan merujuk pendedahan sekarang.

Selain itu, Atiullah turut mendakwa laskar siber ‘kartel dedak’ sengaja mahu mengalih dan mencipta persepsi bahawa kononnya dakwaan dedak tidak pernah berlaku dalam PAS, sedangkan Zaharudin belum diputuskan bersalah oleh jawatankuasa disiplin.

“Sebenarnya, wujud kesangsian terhadap jawatankuasa disiplin itu sendiri yang sehingga hari ini, Nik Abduh menerima suapan dari Umno, tiada langsung menerima tindakan.

HARI INI BERSORAK SEAKAN TIADA KARTEL DEDAK
Heboh dan bersorak mengenai Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) tidak merestui tindakan Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM) mendedahkan geng kartel dedak. Kononnya, segala dakwaannya macam kosong dan tiada apa-apa.
Itu semua mainan sibertroopers yang ingin mengalih dan mencipta persepsi, seakan-akan dedak dan suapan tiada dalam PAS. Padahal, UZM belum dipanggil lagi oleh Jawatankuasa Disiplin untuk membuktikan UZM bersalah.
See more

“Adakah jawatankuasa disiplin sudah merestui suapan tersebut. Kalau ya, mengapa tidak dedahkan. Dan jikalau tidak, mengapa tiada tindakan?

“Oleh demikian, begitulah juga. Sedang laskar siber geng kartel dedak sedang bersorak bergembira, tidakkah Zaharudin juga tidak menerima apa-apa tindakan. Hanya berjumpa dan bersua, yang akhirnya, tiada apa-apa tindakan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s