Kartel Dedak: Masyarakat Umum Berhak Tahu

BANGI: Masyarakat berhak untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan kewujudan ‘kartel dedak’ dalam PAS, kerana isu itu kini sudah membabitkan kepentingan awam.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata wujud keperluan untuk pimpinan PAS menjawab dan memberi penjelasan tanpa tidak berselindung menerusi arahan melarang ahli parti Islam itu membahaskannya secara terbuka.

“Jika soal ‘kartel dedak’ ini adalah semata-mata urusan dalaman parti, maka tentu ia adalah hak pimpinan PAS untuk menentukan arahan melarang ahlinya untuk tidak membicarakannya.

“Tapi, hal ini sudah membabitkan kepentingan awam dan masyarakat ingin tahu sebab ia membabitkan dana yang bertentangan dengan apa yang diucapkan (pimpinan PAS), bahawa seorang tokoh itu harus hidup sederhana, tidak harus ambil wang yang dicurigai sumber, kesahihan dan status halal haramnya.

“Oleh itu, ada keperluan supaya tuduhan agak keras dan berat yang dilemparkan itu harus dijawab oleh pihak yang berkenaan supaya masyarakat awam dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam, bahawa ahli PAS dilarang membawa, membincang dan membahaskan sebarang isu berkaitan urusan parti dalam semua bentuk media, berkuat kuasa serta-merta.

Anwar menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di UKM Bangi. – NSTP/Rosela Ismail

Ia susulan pendedahan bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharudin Muhammad, mengenai lima pemimpin dalam PAS yang terbabit dengan ‘kartel dedak’ berhubung penerimaan wang jutaan ringgit daripada UMNO.

Zaharuddin turut mendakwa mendedahkan isu kartel dedak selepas mendapat restu Abdul Hadi, namun Presiden PAS itu menafikan mengizinkan menantunya berbuat demikian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s