915 RUMAH DIBINA DI DURIAN TUNGGAL UNTUK B40 & M40

Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) memeterai perjanjian bersama pemaju Scientex Heights Sdn Bhd bagi pembangunan projek perumahan di sekitar Durian Tunggal, Alor Gajah.

Keseluruhan pembangunan melibatkan 2,520 unit, dan dari jumlah itu, sebanyak 915 unit rumah mampu dimiliki rakyat bakal dan sedang dibina membabitkan tiga jenis rumah antaranya Rumah Belia, Rumah Harapan, dan Rumah Mampu Milik (RMM).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembinaan fasa 1 dan 2 projek itu meliputi 173 unit Rumah Harapan, 280 unit Rumah Belia, dan 462 unit RMM, manakala selebihnya merupakan unit rumah terbuka sebanyak 1,605 unit.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian diantara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Scientex Height Sdn. Bhd bagi pembangunan bercampur di Mukim Durian Tunggal, di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tambah Adly, pembinaan projek bagi fasa 2 sudah bermula Mac lalu manakala pembinaan fasa 1 akan dijalankan dalam masa terdekat dan menjangkakan kedua-dua projek itu siap seawal Mac 2020.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s