Bonus RM1,000 untuk penjawat awam Melaka

BUKIT KATIL 16 Mei – Sejumlah RM5.3 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi pembayaran bonus Aidilfitri kepada 5,300 penjawat awam di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, bayaran bonus sebanyak RM1,000 bagi setiap penjawat awam itu akan dilunaskan bersama gaji bulanan mereka 23 Mei ini.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu penerima terbabit membuat persiapan awal bagi meraikan kedatangan Aidilfitri sekali gus meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil semalam.

Pada majlis itu turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada 51 golongan memerlukan di kawasan itu.

TNB turut menyumbang sebuah van jenazah kepada Masjid Ar-Rahmah bagi kegunaan pengurusan jenazah di kampung berkenaan selain RM2,000 bagi tujuan pembangunan institusi itu.

Adly bersama Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman dan Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad turut mengambil kesempatan berbuka puasa bersama masyarakat setempat pada majlis tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s