RM3 juta Peruntukan Projek Rumah Peduli Diluluskan

Kerajaan Melaka meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan projek Rumah Peduli fasa pertama.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, terdapat dua jenis rumah iaitu tiga bilik berharga RM37,500 seunit dan dua bilik berharga RM30,000 seunit.

Bagi fasa pertama katanya, sebanyak 84 unit rumah akan dibina dengan 28 unit bagi rumah tiga bilik dan selebihnya rumah dua bilik.

“Tiga rumah telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Paya Rumput dan Telok Mas melibatkan rumah tiga bilik sebagai permulaan,” katanya kepada pemberita selepas pasca mesyuarat exco di pejabatnya di Seri Negeri di sini.

Menurut Adly, pembinaan rumah tersebut diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menjamin kualiti rumah selain kos yang minimun.

Image result for rumah peduli melaka

“Pihak Japerun juga menyediakan deposit utiliti bagi setiap Rumah Peduli yang dibina di kawasan mereka dan setakat ini, setiap DUN akan menerima dua rumah baru yang mempunyai dua bilik dan sebuah rumah tiga bilik.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM9,600 juga diberikan bagi setiap DUN untuk membaik pulih rumah di kawasan itu mengikut keperluan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s