Sumbangan RM35,000 kepada 325 pengayuh beca Melaka

Lagi berita gembira kepada golongan pengayuh beca apabila Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengumumkan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada 325 pengayuh beca berdaftar di Melaka sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Penyampaian sumbangan tersebut akan dilakukan pada majlis sumbangan raya kepada pengayuh beca di sebuah hotel di Banda Hilir, 20 Mei ini.

Menurut Adly, nasib golongan pengayuh beca di Melaka tidak pernah dipinggirkan sebaliknya akan terus mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Inisiatif ini diharap menggembirakan mereka dan yakinlah bahawa kerajaan negeri tidak pernah melupakan sumbangan mereka selama ini.

“Kehadiran mereka bukan sahaja menarik pelancong ke Melaka, mereka juga telah menjadi mata dan telinga kerajaan negeri dalam memantau aktiviti dijalankan di kawasan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s