Komuniti Non Muslim Teruja Pertama Kali Jejak Kaki Ke Masjid

JOHOR BAHRU: Komuniti bukan Islam sekitar bandar raya ini teruja apabila mendapat pengalaman berharga iaitu pertama kali menjejakkan kaki ke dalam Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini.

Ia bersempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporation (JCorp) 2019 yang berlangsung di Masjid Sultan Iskandar sejak pagi tadi.

Sebanyak 10 kaunter pameran yang dibuka mendapat sambutan meriah daripada masyarakat bukan Islam sekitar bandar raya ini, termasuk beberapa pelancong dari Jepun.

Penduduk di bandar raya ini, Ivy Loh, 50, berkata dia mendapat tahu mengenai program berkenaan menerusi Facebook dan mengambil keputusan hadir bersama dua anaknya berusia 18 dan 28 tahun.

“Bagus program seperti ini, komuniti bukan Islam dapat memahami bagaimana tempat ibadah masyarakat Muslim dan budaya mereka.

“Saya juga lihat ramai kaum India dan juga pelancong Jepun datang, amat mengejutkan saya melihat perkara ini berlaku kerana tidak pernah lagi saya nampak komuniti bukan Islam beramai-ramai masuk ke masjid,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebahagian masyarakat bukan Islam hadir mendengar ceramah bertajuk Puasa, Kesihatan dan Agama pada Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019, di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Sebahagian masyarakat bukan Islam hadir melihat pameran pada Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019, di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Sementara itu, saudara baharu, Ariff Asyraff Yap Abdullah, 39, turut terkejut melihat ramai komuniti bukan Islam memasuki masjid sempena program dianjurkan hari ini.

“Sebelum ini program mendekatkan komuniti bukan Islam dengan Islam dilakukan di hotel atau pasar raya, tetapi hari ini ia berjaya dilakukan di masjid.

“Saya amat teruja melihat masyarakat bukan Islam memenuhi perkarangan masjid ini dan merapatkan hubungan silaturahim sesama kaum di negara ini,” katanya.

Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah JCorp 2019 mendapat tajaan JCorp menerusi syarikat Kumpulan, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).

Program bermula pagi tadi dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk secara gotong-royong bersama ahli jawatankuasa Masjid Sultan Iskandar, kakitangan BH dan anggota pekerja JCorp.

Forum bertajuk ‘Puasa, Kesihatan dan Agama’ turut diadakan di Dewan Lukman al-Hakim Masjid Sultan Iskandar pada jam 5.30 petang tadi, yang mengupas pelbagai hikmah mengenai puasa mengikut perspektif agama, kesihatan dan sains.

Forum berkenaan menampilkan tiga ahli panel iaitu Pendakwah dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Jaysuman Pusppanathan; Pakar Nutrisi Hospital Pakar KPJ Puteri, Dr Nur Hafizah Abdul Hadi dan Pengurus Besar, QSR Brands, Mohd Roslan Mohd Saludin.

Forum bertajuk ‘Puasa, Kesihatan dan Agama’ diadakan di Dewan Lukman al-Hakim Masjid Sultan Iskandar. – NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Hadir sama, Naib Presiden Penjenamaan dan Komunikasi Kumpulan JCorp, Norsiah Juriani Johari; Pengarang Eksekutif Berita dan Digital BH, M Thilinadan; Pengurus WANCorp, Mohd Nazarudin Ali serta Pengerusi Masjid Sultan Iskandar, Mohd Razif Ab Rahim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s