Lembaga pengarah akan tentukan nasib KP Yapeim – Fuziah Salleh

Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perkara itu selari dengan amalan kerajaan Pakatan Harapan yang meletakkan tanggungjawab mentadbir kepada anggota lembaga pengarah sesuatu agensi.

“Saya percaya mereka akan mengambil tindakan sewajarnya dan yakin akan ada kenyataan daripada pengerusi anggota lembaga pengarah Yapeim (berhubung perkara ini),” katanya.

Fuziah ditemui selepas menghadiri Program Sepakat@Komuniti Ramadan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Pahang bagi meraikan 28 kanak-kanak dari Rumah Permata Al-Insyirah di Kompleks Dagangan Mahkota di Kuantan, hari ini.

Klip video yang menunjukkan Abibullah memberi amaran kepada kakitangan yang mengundi Pakatan Harapan

Beliau diminta mengulas laporan media berhubung tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis hari ini, berhubung penularan video seorang lelaki didakwa kononnya Abibullah mempengaruhi kakitangan Yapeim pada pilihan raya umum lepas.

Fuziah yang juga anggota parlimen Kuantan sekali lagi menegaskan kerajaan hari ini tidak melakukan politik balas dendam terhadap Abibullah atas perbuatan lepas kerana tindakan sedemikian disifatkan sebagai tidak profesional dan tidak adil.

Katanya, apa yang penting adalah kerajaan menilai prestasi kerja dan tahap profesionalisme individu itu di pejabat selain Abibullah juga menyedari bahawa beliau kini perlu bekerja mengikut dasar kerajaan yang memerintah.

“Jika wujud unsur ugutan kepada pihak pekerja sebelum pilihan raya, mereka boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa. Itu adalah hak pekerja dan bukan dalam bidang tugas saya,” katanya.

Pada perkembangan lain, Fuziah memaklumkan bahawa pejabat Parlimen Kuantan telah memperuntukkan lebih RM100,000 untuk melaksanakan program Semarak Kasih Ramadan di masjid dan surau selain program bantuan kepada golongan asnaf pada tahun ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s