Duit Raya RM1,500 Untuk Staf Pusat Boling Antarabangsa Melaka

Buat julung kalinya kakitangan Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) menerima Insentif Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,500 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Besar MIBC, Shazni Munir Mohd Ithnin memberitahu insentif itu hasil kejayaan pengurusan kewangan yang efisien menuju suku kedua tahun ini.

Jumlah tersebut, jelasnya, telah lama tidak dinikmati oleh staf semenjak anak syarikat itu ditubuhkan.

“Setelah berhempas pulas enam bulan terakhir untuk 2018, Alhamdulillah, suku pertama 2019 telah mencatatkan lebihan yang memberangsangkan,” ujarnya.

Staf MIBC julung kali dapat duit raya RM1,500

Shazni yang merupakan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional berkata, sasaran jangka sederhana MIBC adalah mahu meningkatkan prestij pusat boling itu benar-benar ke tahap antarabangsa seterusnya meletakkan Melaka di peta dunia.

“Walau berdepan kekangan seperti hutang-piutang tinggalan kerajaan terdahulu, kita percaya dengan strategi, tekad dan pengendalian kewangan di tahap terbaik, tiada apa yang mustahil untuk kami capai,” katanya lagi.

Terdahulu, Shazni menyerahkan ‘mock cheque’ Insentif Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh staf MIBC hari ini.

Untuk rekod, MIBC adalah antara aset Kerajaan Negeri Melaka yang diuruskan oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s