Keadilan Dan Kebajikan Tarik Non Muslim Kenali Islam

AYER KEROH 20 Mei – Keutamaan aspek dakwah meliputi kebajikan dan keadilan berperanan dan menjadi tarikan penting kepada masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, proses dakwah meliputi kepelbagaiannya malah ia merupakan perkara utama dalam perkenalkan Islam dan merupakan satu cara hidup bercirikan akhlak terbaik.

Katanya, pendekatan dalam memberikan maklumat berkaitan agama Islam merupakan penekanan penting dalam berdakwah malah pada masa sama umat Islam perlu menunjukkan pekerti yang baik.

“Seperti di masjid sebenarnya ia berperanan dalam berdakwah kepada bangsa lain yang bukan saja dijadikan sebagai institusi ibadah.

“Di negeri ini mengalu-alukan program sempena sambutan Ramadan seperti contoh Majlis Berbuka Puasa mahupun Program Sumbangan yang melibatkan dengan masyarakat bukan Islam.

“Melalui pendekatan ini mereka juga akan menerima bantuan daripada masjid kepada mereka yang kurang kemampuan malah memerlukan bantuan.

“Perkara ini merupakan aspek-aspek penting kerana dalam Islam itu tidak merangkumi pada batas bangsa mahupun agama terhadap kebajikan dan keadilan itu kerana ia meliputi keseluruhan kepada masyarakat.

“Penekanan ini perlu ditumpukan di setiap masjid di negeri ini supaya ia boleh dilawati masyarakat dengan mengimarahkan masjid malah pada masa sama dakwah Islam itu boleh dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Iftar Amal Perdana Hidayah Center Melaka (HCF) 2019 di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, menurut beliau, sebagai negeri pelancongan tersohor penekanan dalam mengimarahkan masjid penting bagi menarik masyarakat bukan Islam termasuk pelancong asing dalam menghayati keindahan Islam yang menekankan nilai-nilai murni.

“Kerajaan negeri melalui Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan cuba perbaiki kaedah urusan dan cara dakwah ini dari semasa ke semasa.

“Cara berdakwah dalam penggunaan bahasa penting dan perlu dilaksanakan dengan bahasa ibunda mereka agar ia lebih mudah dengan kefahaman yang mereka ada sendiri.

“Penyampaian mesej Islam menggunakan bahasa sendiri mampu menyampaikan mesej terbaik khususnya terhadap saudara baharu dan konsep ini telah dimainkan HCF dan merupakan satu kaedah yang perlu kita contohi,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s