‘Apa motif Kelantan FM galak siar Anak Kecil Main Api?’

Tindakan stesen radio Kelantan FM kerap menyiarkan lagu Anak Kecil Main Api sejak PH menguasai Putrajaya wajar menimbulkan tanda tanya, kata Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan.

Menurut Hazmi walaupun penyiaran lagu-lagu patriotik memang wajar disiarkan stesen radio dan TV milik kerajaan namun langkah itu wajar dibuat mengikut kesesuaian.

Katanya lagu Anak Kecil Main Api memang sejak sekian lama difahami dihasilkan untuk mengapi-apikan semangat kemelayuan yang boleh dianggap melampau.

“Apa motif Kelantan FM siar lagu Anak Kecil Main Api dengan kerap?

“Apakah sudah tidak ada lagu patriotik lain yang bebas daripada agenda politik perkauman boleh disiarkan oleh stesen berkenaan?” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Justeru, katanya, Pemuda Amanah Kelantan mencadangkan lagu seperti Setia, Jalur Gemilang dan seumpamanya diperbanyakkan siarannya oleh Kelantan FM.

Menurut Hazmi lagi Kementerian Penerangan sepatutnya memiliki koleksi lagu patriotik yang kaya dengan semangat perpaduan serta kebersamaan.

Galakkan harmoni, bukan ganggu

Dalam keadaan begitu, katanya, menghairankan apabila Kelantan FM memilih untuk menyiarkan lagu yang tebal dengan agenda politik Umno untuk mengisi siaran mereka.

“Kenapa Kelantan FM memilih untuk menyiarkan lagu yang menggambarkan seolah-olah Malaysia ini sudah tidak selamat untuk Melayu?” katanya.

Hazmi berkata, lebih aneh apabila lagu tersebut disiarkan dengan lebih kerap sejak selepas PRU14.

Katanya, ada pihak memberitahu lagu tersebut akan dimainkan setiap hari.

“Kita harap RTM hentikan segera kerja-kerja mengadu-domba sebegini.

“Sebagai jentera kerajaan RTM sepatutnya menjadi agensi yang menggalakkan keharmonian rakyat,” katanya.

Sementara itu Malaysiakini diberitahu sumber yang dekat dengan RTM Kelantan, lagu Anak Kecil Main Api memang ditetapkan agar disiarkan selepas segmen berita.

Malaysiakini sedang mendapatkan respon lanjut daripada pengarah RTM Kelantan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung perkara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s