Jangan Sombong Sebab Sujud, kata Pemimpin Yadim

Seseorang yang sering bersujud wajar mengelak diri masing-masing daripada berasa sombong dengan amalan itu, kata Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zolkharnain Abidin.

Katanya lebih daripada itu tidak wajar untuk seseorang itu mencabar orang lain dalam isu sujud.

“Sujud bukan untuk disombongi, tetapi sebaliknya ia untuk disyukuri.

“Jika kita sudah bersujud kepada Allah, bersyukurlah,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Pandangan Zolkharnain itu dibuat tidak lama selepas Timbalan Ketua Ulama PAS Selangor Ahmad Dusuki Abdul Rani mencabar anggota DAP untuk bersujud dengannya.

Menurut Ahmad Dusuki DAP “dah sekutu” parti itu juga wajar melaksanakan janji mereka sebelum ini, termasuk menghapuskan tol dan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Jika benar DAP dan sekutu mereka meletakkan Islam sebagai keutamaan, kita cabar mereka, jom bersolat dan sujud bersama kami, laksanakan janji penghapusan tol dan bayaran PTPTN yang di janjikan di dalam manifesto mereka itu,” katanya.

Untuk rekod, “sekutu mereka” yang dirujuk Ahmad Dusuki itu dapat difahami merujuk kepada parti lain dalam PH, termasuk Amanah yang diasaskan oleh bekas pemimpin kanan PAS.

Terdahulu Ahmad Dusuki mempersoalkan pembabitkan pemimpin DAP dalam program melibatkan orang Islam dan Melayu seperti berbuka puasa.

Bagi Ahmad Dusuki apa yang dilakukan pemimpin DAP itu tidak lebih daripada sekadar lakonan untuk mempengaruhi orang Melayu dan Islam.

Zolkharnain berkata seseorang yang sujud kepada Allah wajar berdoa agar terus diberikan hidayah untuk tekal dengan amalan itu sehingga akhir hayat.

Hal itu kerana, katanya, tidak ada jaminan seseorang yang sering sujud akan kekal dengan amalan itu sehingga akhirnya.

“Seperti orang yang belum bersujud boleh mendapat sujud pada kemudian hari, begitulah kita yang sudah bersujud, boleh juga kehilangan sujud.

“Bukankah iblis antara makhluk yang kehilangan sujud kerana sombong?” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s