25 masjid Parlimen Kota Melaka dapat RM125,000

PENGAKALAN RAMA 24 Mei – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM125,000 kepada 25 masjid dalam Parlimen Kota Melaka sepanjang bulan Ramadan dan Syawal kali ini.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, setiap masjid menerima RM5,000 menerusi peruntukan tersebut.

Menurutnya, sumbangan tersebut bertujuan melaksanakan aktiviti keagamaan seperti tadarus, ceramah dan moreh.

“Pakatan Harapan Melaka sentiasa mengambil berat dan mendahulukan keperluan rohani masyarakat Islam di negeri ini.

“Justeru, kerajaan akan terus menyalurkan wang agihan sumbangan kepada masjid demi kepentingan dan manfaat penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan di Masjid Fathur Rahman di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Omar Jaafar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damien Yeo dan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kota Melaka, Datuk Harun Muhammed.

Tambah Poay Tiong, pengagihan sumbangan untuk masjid di seluruh negara dan Melaka khususnya dilihat lebih efektif di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Saya sendiri merujuk kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenai dana atau sumbangan Ramadan khususnya dalam Parlimen Kota Melaka dan semua dana sudah diluluskan,” katanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s