Melaka Dipilih Lokasi pelancaran Bulan Kebangsaan

AYER KEROH – Melaka dipilih sebagai lokasi pelancaran Bulan Kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2019 pada 3 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pelancaran program itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Melaka sebagai negeri bersejarah dan lokasi pertama pengisytiharan kemerdekaan negara pada 1957 dan pemilihan negeri ini untuk program pelancaran berkenaan sangat bertepatan untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan Negara,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengunjungi Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di Seri Negeri, di sini hari ini.

Menurut Gobind, empat lokasi yang dianggap sesuai untuk program itu telah dikenal pasti termasuk satu cadangan lokasi daripada kerajaan negeri.

Katanya, antara lokasi terbabit adalah Dataran Pahlawan dan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Kerajaan negeri, katanya, mencadangkan Dataran Klebang sebagai lokasi tapak pelancaran.

Bertemakan “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”, program itu dijangka menarik lebih 10 ribu pengunjung.

“Kita telah mewujudkan satu jawatankuasa dan jawatankuasa ini akan mengadakan pertemuan pada 20 Jun ini. Apabila kita telah menentukan lokasi, kita akan buat,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s