Piagam Umno, PAS Patut Dapat ‘restu’ Ahli

Usaha PAS dan Umno memeterai piagam bersama sepatutnya turut melibatkan anggota kedua-dua parti di peringkat akar umbi, kata Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

Menurut beliau pemimpin Umno dan PAS dirasakan wajar mendapatkan persetujuan daripada penyokong masing-masing untuk merealisasikan piagam berkenaan.

Hal itu kerana, kata Husam, tiada jaminan piagam tersebut akan membawa kedua-dua parti menjalinkan hubungan yang berkekalan.

Katanya hubungan suami isteri pun kadang-kadang bermasalah dan dalam kes tertentu ia boleh membawa kepada konflik yang berakhir dengan perceraian.

“Tidak semestinya dengan ada piagam, hubungan (PAS dengan UMNO) akan terjalin erat.

“Kita mengambil contoh dalam perhubungan suami isteri, ia bukan selalu baik dan tetap akan bergaduh, malah boleh bercerai juga,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Kenyataan itu dibuat Husam selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan di Rantau Panjang, Kelantan, malam tadi.

Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menambah, piagam berkenaan juga sepatutnya membawa kebaikan kepada negara secara keseluruhan dan bukannya mempunyai agenda kuasa semata-mata.

Pada 23 Mei lalu Malaysiakini melaporkan kerjasama di antara PAS dan Umno akan diperkukuhkan melalui piagam yang akan dimeterai tidak lama lagi.

Melalui piagam berkenaan kedua-dua parti yang pernah berseteru selama berpuluh-puluh tahun itu akan bekerjasama secara rasmi. Ia dijangka akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri kurang dari dua minggu lagi.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberitahu presiden Umno dan PAS yang mahukan kerjasama di antara mereka dibuat secara rasmi. 

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata kedua-dua parti sudah dilihat rangka piagam tersebut dan ia akan dibincangkan untuk dipersetujui.

Kata Tuan Ibrahim piagam terbabit berbentuk muafakat perpaduan Ummah. 

Untuk rekod persaingan di antara PAS dan Umno pernah menjadi begitu sengit dan menyaksikan perpecahan dalam masyarakat suatu ketika dulu.

Hal itu lebih ketara di negeri-negeri Pantai Timur yang melibatkan peristiwa seperti sembahyang dua imam, pemulauan majlis kenduri dan penolakan sembelihan oleh orang yang berbeza parti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s