RM143 juta Hutang Dihapuskan, Melaka Bakal Bina Saluran Air Baru

AYER KEROH 29 Mei- Kerajaan Negeri Melaka akan menjalankan projek pembinaan penyaluran air dari Tasek Biru, Chinchin ke Empangan Durian Tunggal yang dianggarkan bernilai RM23 juta bagi mengatasi masalah bekalan air yang sering berlaku secara tahunan di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata tindakan itu susulan langkah Kerajaan Persekutuan menghapuskan pinjaman projek bekalan air luar bandar.

Katanya, keputusan daripada Putrajaya itu dengan menghapuskan hutang Melaka sebanyak RM143 juta secara tidak langsung mampu meningkatkan lebih banyak projek pembangunan di Melaka termasuk mengurangkan hutang bagi pembinaan infrastruktur air di negeri ini.

“Apa yang diberikan oleh Putrajaya ini memberi laluan kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi kepada rakyat dan kerajaan negeri melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) boleh memberikan fokus untuk projek penyaluran air daripada Tasik Biru ke Empangan Durian Tunggal untuk mengatasi masalah air tanpa berhutang.

“Penghapusan kira-kira RM143 juta daripada keseluruhan RM900 juta hutang negeri kepada Kerajaan Persekutuan ini sekali gus meningkatkan lagi usaha kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Edar Bubur Lambuk serta Dodol anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka bersama Ambank serta pelbagai agensi di Pintu Gerbang Ayer Keroh, di sini, petang semalam.

Hadir sama, Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif dan Pengarah Kawasan Selatan 2, Ambank Islamic Melaka, Zazali Omar.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju menghapus kira pinjaman diberi kepada Melaka bagi projek bekalan air luar bandar pada 2001 dan ke atas, berdasarkan baki hutang belum selesai berjumlah RM3.8 bilion setakat 31 Disember 2018.

“Pemansuhan pinjaman itu tertakluk kepada kerajaan negeri memuktamadkan Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Negara, selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun ini,” jelasnya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan hapus kira pinjaman air luar bandar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s