Tiada catuan air di Melaka!

AYER KEROH 30 Mei – Kebimbangan penduduk Melaka mengenai kemungkinan berlaku catuan bekalan air terutama pada musim perayaan ini terjawab apabila Ketua Menteri, Adly Zahari memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan melakukan tindakan tersebut.

Perkara itu diumumkan Adly pada sidang media pasca mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, hari ini.

Bagi memastikan tiada catuan air, tegas Adly, pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengelakkan tindakan terakhir itu dilakukan.

“Kita sudah punya pelan jangka pendek, sama ada ambil air dari negeri jiran atau ambil air dari Tasek Biru. Seterusnya kita manfaatkan juga dua kolam takungan air sedia ada di Durian Tunggal dan Empangan Jus,” katanya.

Jelas Adly, secara purata hanya satu peratus air sahaja digunakan bagi kegunaan domestik sehari di Melaka.

“Walaupun paras air di Empangan Durian Tunggal sekitar 30 peratus dan Empangan Jus 64 peratus, ia masih mampu menampung jumlah penggunaan air di negeri ini.

“Secara asasnya, kita boleh sebutkan bahawa kita boleh bebas daripada catuan air,” ujarnya sambil berkata hujan hari ini juga menunjukkan petanda baik bagi peningkatan paras air di empangan.

Bagaimanapun, beliau mahu usaha mengadakan solat istisqa selepas solat Jumaat di semua masjid di seluruh negeri tetap dilaksanakan esok (hari ini).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s