AS sita barang kemas mak Jho Low

Satu set barang kemas yang dikaitkan dengan 1MDB didakwa diberikan kepada Evelyn Goh yang merupakan ibu kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut pemfailan mahkamah Jabatan Kehakiman AS (DOJ) pada 28 Mei, sepasang subang dan sebentuk cincin yang bernilai hampir AS$1.7 juta diterima oleh Marshals Service AS, iaitu penguatkuasa DOJ, pada 14 Mei lalu.

Resit yang dikemukakan DOJ, yang dilihat Malaysiakini, menyatakan bahawa waran bagi rampasan barang kemas itu dikeluarkan pada 20 Jun 2017 dan rampasan telah dijalankan. Tiada butiran lanjut tentang rampasan barang kemas itu.

Timbalan Marshal AS mengesahkan resit barang kemas itu pada 21 Mei.

DOJ sebelum ini meminta kerjasama kerajaan Thailand untuk menguatkuasakan waran bagi barang kemas itu kerana Goh dipercayai menetap negara itu.

Awal bulan ini, media melaporkan penjaga barang kemas berkenaan bersetuju memulangkan barang kemas itu kepada AS selepas mencapai persetujuan dengan DOJ.

Pihak berkuasa AS mendakwa Jho Low menggunakan wang yang diseleweng daripada bon 1MDB pada 2012 untuk membeli barang kemas itu pada harga AS$1,695,475 daripada Lorraine Schwartz Inc.

Invois bagi barang kemas itu dikeluarkan untuk Jho Low pada 28 Nov 2012, termasuk untuk berlian 7.53 karat, 3.05 karat dan 3.08 karat. Goh dikatakan mengambil barang kemas itu di Hong Kong.

Dalam pemfailan mahkamah selepas itu, DOJ mendakwa notis rampasan barang kemas itu sudah dimuat naik dalam talian pada 21 Jun 2017, sementara notis kepada pihak Goh dan Lorraine Schwartz dihantar pada 4 Ogos 2017.

Tarikh akhir bagi bagi tuntutan balas terhadap kedua-dua notis itu sudah tamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s