Bara ekstrem dalam ‘sekam’ PAS

Sekali lagi Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggunakan medium tulisan untuk memanfaatkan kemahiran beliau – memberi penjelasan sekali gus amaran.

Melalui kata-kata dan dalil-dalil dalam tulisannya semalam Abdul Hadi menggambarkan bahawa partinya saling tidak tumpah adalah jemaah yang digambarkan Allah SWT dalam firman-Nya tentang orang yang beriman.

Abdul Hadi – pada masa sama – memberi peringatan bahawa individu atau kumpulan yang berada di luar lingkungan yang disenanginya ialah golongan batil, munafik, syaitan bisu dan seumpamanya.

Beliau berbicara soal walak dan taat, tetapi kesimpulannya ialah mudah: hanya PAS berada di pihak yang benar, manakala selain itu semuanya batil.

Beliau langsung tidak membuktikan apakah PAS dan pimpinannya menepati apa yang Allah dan Rasulullah mahukan lewat ayat-ayat yang dibentang.

Membaca kupasannya tentang makna dan maksud walak serta taat dengan pelbagai ayat al-Quran dan hadis Nabawi boleh membawa anggota partinya dibuai fantasi bahawa betapa hebatnya presiden mereka, dan maha benarnya perjuangan mereka.

Mereka akan berimpian apa yang disebut oleh Allah dan Rasulullah itu, “itulah kami pada akhir zaman ini, bukan jemaah lain, bukan parti lain, bukan ulama lain.”

Lega dan bersyukur

Abdul Hadi bagaimanapun tidak gagal untuk menggunakan kisah yang bersusur galur baik dan sahih sebagai hujah untuk mengabsahkan dakwaannya bahawa hanya PAS itu yang benar.

Dalam kes tulisan tersebut, beliau menggunakan hujah-hujah untuk menghalalkan walak secara membuta tuli kepada anggota PAS.

Mudah sahaja lojiknya. Kami parti Islam, kami perjuangkan Islam. Apabila sahabat sendiri berwalak sedemikian rupa maka sahlah dan halal jugalah walak kami.

Anda boleh nampak kaitannya?

Oleh kerana sahabat pun sedemikian, maka terbuktilah kami di pihak benar.

Jika anda tidak nampak kaitannya, saya juga tidak. Tapi begitulah Abdul Hadi menggunakan sirah nabi untuk membenarkan kerja buat parti dan pimpinannya.

Apakah walak kepada pimpinan itu harus – malah wajib – walaupun dalam persoalan ‘dedak’ Umno? Apakah walak itu wajib ketika pimpinan bebas berbohong demi parti? Itu contoh soalan-soalan yang sangat bagus di sini.

Kata ahli mereka, sirah-sirah nabi dan kisah sahabat tadi membenarkan apa yang dilakukan oleh PAS, pemimpin dan anggotanya. Lalu mereka pun lega dan bersyukur.

Jika anda ragu-ragu dakwaan penulis, dipersilakan membaca komen pengikut Abdul Hadi pada artikelnya di akaun Facebook beliau.

Dan seperti biasa, Abdul Hadi akan menyerang anggota parti lain yang pernah menyertai PAS. Naratifnya sangat mudah – tapi amat bahaya.

Seseorang itu wajib kekal bersama PAS kerana Islam adalah akidah perjuangannya. Justeru haram bagi anggota PAS berhijrah ke mana-mana parti lain kerana perjuangan mereka bukan berasaskan Islam.

Di sinilah tapak pengembangan fahaman ekstrem anggota PAS bermula. Mereka berpegang kepada fahaman bahawa “kami kekal dengan PAS kerana Islam, manakala kami melawan dan menyerang semua yang meninggalkan PAS kerana mereka meninggalkan perjuangan Islam!”

Untuk menyokong dakwaan itu, Abdul Hadi menyentuh soal walak kepada bukan orang Islam. Beliau menulis bahawa diharamkan berwalak kepada bukan Islam dengan merujuk hujah itu kepada ayat 9 surah al-Mumtahanah.

Menurut perkiraan penulis, pemilihan ayat itu tidak tepat. Siapakah bukan Islam – khususnya parti selain PAS – di Malaysia yang memerangi Islam dan umat Islam serta mahu mengeluarkan umat Islam dari bumi bertuah ini?

Maka demi membenarkan penggunaan ayat tersebut dengan tujuan halus untuk menghalang anggota PAS meninggalkan parti itu serta bersama parti lain, maka disebarkan bahawa parti seperti DAP memusuhi Islam, membenci umat Islam dan mempunyai cita-cita mahu menghancurkan Islam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s