Bendahari PAS Pertahan Tindakan Kongsi Bahan Palsu

Bersemangat menzahirkan pandangannya terhadap ‘kelemahan’ kerajaan PH, Bendahari Agung PAS Razman Zakaria kelihatan tidak tahu salah satu hantaran yang dikongsi di Facebook beliau adalah bahan palsu yang disandarkan kepada seorang tokoh perniagaan terkemuka negara.

Bercakap kepada Malaysiakini Razman sebaliknya berkata jika kenyataan yang berkenaan palsu, orang ramai masih boleh mengambil pengajaran daripada apa yang dipaparkan dalam ‘laporan’ tersebut.

“Kalaupun surat itu palsu, kita ambil iktibar dari keseluruhan cerita kerana ia dibuat berdasarkan luahan yang sering didengari.

“Kerajaan sekarang memperjuangkan rule of law (kedaulatan undang-undang) tapi kes arwah Adib masih tiada tindakan.

“Apabila orang Melayu buat salah sikit, mereka terus tangkap,” ujarnya yang jelas kecewa dengan pihak kerajaan.

Melalui hantaran dimuat naik pagi tadi itu Razman menyiar ulang hantaran suatu laman sesawang memuatkan ‘surat terbuka’ kononnya ditulis jutawan Syed Mokhtar Albukhary.

Beliau turut menulis “Dendam” mengiringi hantaran berkenaan.

Melalui ‘surat’ tersebut pengerusi Yayasan Albukhary itu memuji Najib Razak dan mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Kandungan kenyataan itu juga banyak tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun Yayasan Albukhary mengesahkan Syed Mokhtar tidak terbabit membuat kenyataan tersebut dan hal berkenaan dijelaskan oleh beliau pada 2015 lagi.

Tindakan pada portal

“Walaupun Yayasan Albukhary sudah menafikan dakwaan berkenaan, perbuatan tidak bertanggungjawab ini telah timbul sekali lagi dan kali ini mengaitkan beliau dengan parti politik tertentu.

“Tindakan penulis yang menyalahgunakan nama Pengerusi Yayasan Albukhary adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar undang-undang.

“Kami ingin menegaskan bahawa Pengerusi Yayasan Albukhary jarang sekali mengeluarkan kenyataan umum.

“Oleh itu, kami ingin menyarankan orang ramai supaya mengesahkan kesahihan sebarang kenyataan yang didakwa ditulis oleh Syed Mokhtar dengan pihak Yayasan Albukhary melalui laman web rasminya, iaitu: http://www.albukharyfoundation.my,” kata kenyataan itu.

Ditanya mengenai kemungkinan disaman, Razman yang juga pesuruhjaya PAS Perak berkata, beliau sekadar menyiarkan semula hantaran tersebut.

Katanya, ia juga bukan datang daripada mulutnya sendiri.

“Saya cuma repost sahaja. Fitnah adalah apabila saya sendiri yang mengeluarkan kata-kata tersebut.

“Saya bukan fitnah, kalau tak betul, tindakan sepatutnya diambil ke atas portal (yang berkongsi berita palsu) tersebut,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s