Jangan Salahguna Kebebasan Media Cetus Sentimen Kaum, Agama – Mujahid

GEORGETOWN: Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan (PH) untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf.

Katanya pihak pembangkang khususnya harus menggunakan kebebasan media yang diberikan untuk mewujudkan persaingan yang sihat yang boleh membawa kerajaan membentuk dasar yang lebih baik untuk dinikmati oleh rakyat.

“Kebebasan mestilah kebebasan dengan tanggungjawab. Lawan saya dalam soal dasar, bukannya mengenai kaum atau agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Iftar Jalanan Pakatan Harapan yang diadakan di Jalan Buckingham.

Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata kebebasan media adalah satu dasar yang diperjuangkan oleh PH sewaktu mengambil alih pemerintahan negara tahun lalu.

“Kita tidak pernah menyekat media kerana kebebasan media adalah komitmen kita,” katanya.

Sementara itu kira-kira 2,000 pengunjung hadir memeriahkan program Iftar Jalanan yang julung kali diadakan anjuran PH Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis PH Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata program itu amat istimewa kerana dapat disertai oleh masyarakat berbilang kaum dan agama untuk turut merasai pengalaman berbuka puasa bersama masyarakat Islam.

“Tujuan program ini adalah untuk menghimpunkan seluruh rakyat negeri ini tanpa membataskan penyertaan dari pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Sejajar dengan semangat Malaysia Baharu, adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar Pulau Pinang terus pesat membangun dalam suasana penuh harmoni yang berpaksikan kepada prinsip keadilan, demokrasi, dan toleransi,” katanya berucap pada majlis itu.

Beliau berkata program itu tidak terbatas kepada kehadiran orang awam sahaja, malah pelancong dari dalam dan luar negara, gelandangan, wakil-wakil rakyat, kakitangan kerajaan negeri, serta para pemimpin rumah ibadat Islam dan bukan Islam turut sama memeriahkan program itu. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s