Mahfuz: Piagam bersama akan Reputkan Umno, PAS

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, menjangkakan lebih ramai anggota PAS akan meninggalkan parti itu selepas piagam bersama Umno dimeterai.

Tambahnya, dalam keadaan begitu apa yang berlaku seterusnya ialah proses ‘pereputan’ kedua-dua parti terbabit.

“Saya percaya ahli Umno masih tidak boleh terima PAS, ahli PAS juga tidak boleh terima Umno dengan mudah.

“Akhirnya menyebabkan berlaku proses pereputan dan ini pasti memberi keuntungan kepada PH sebab anggota kedua-dua parti itu akan berhijrah ke PH,” katanya seperti dipetik laporan Sinar Online hari ini.

PAS dan Umno dijangka memeterai piagam bersama tidak lama lagi sebagai tanda bermulanya kerjasama secara rasmi bagi menghadapi PH yang menjadi kerajaan pusat serta kebanyakan negeri.

Hal itu berlaku di sebalik hubungan tegang kedua-dua parti selama berpuluh-puluh tahun sebelum ini.

Sesetengah anggota PAS sendiri mendakwa pernah menjadi mangsa percaturan politik Umno apabila mereka – yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan – dipindahkan ke tempat jauh atau pedalaman selepas didapati aktif sebagai pembangkang.

Tak perlu gentar

Hubungan dalam masyarakat juga pernah tegang dan berpecah-belah pada 1980-an, terutama di kawasan Pantai Timur.

Kata Mahfuz, dalam keadaan mempunyai latar sejarah yang begitu, hanya anggota tegar PAS dan Umno sahaja yang mengharapkan keajaiban berlaku hasil kerjasama kedua-dua parti.

Pada masa sama kata timbalan menteri itu, semakin ramai anggota PAS yang bijak menilai percaturan politik pemimpin parti mereka.

Katanya, mereka tentu hairan mengapa PAS mahu bekerjasama dengan Umno ketika semakin ramai anggota parti terbabit bertindak menyertai parti lain.

“Sebelum ini ahli PAS ditarbiah untuk perangi Umno habis-habisan, kini disuruh pula jadi tongkat untuk julang kembali Umno,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Mahfuz berkata, sebenarnya tiada keperluan untuk PH berasa gentar dengan piagam Umno dan PAS itu.

Bahkan, katanya, PH boleh mendapat keuntungan daripada piagam tersebut.

“Bagi saya, itu satu proses yang akan mempercepatkan pereputan Umno mahupun PAS,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s